ad
AGENSI

Program talaqqi kitab di masjid negeri hingga Khamis, perinci setiap bab secara mendalam

18 Feb 2025, 6:22 AM
Program talaqqi kitab di masjid negeri hingga Khamis, perinci setiap bab secara mendalam
Program talaqqi kitab di masjid negeri hingga Khamis, perinci setiap bab secara mendalam
Program talaqqi kitab di masjid negeri hingga Khamis, perinci setiap bab secara mendalam
Program talaqqi kitab di masjid negeri hingga Khamis, perinci setiap bab secara mendalam

SHAH ALAM, 18 FEB: Program Talaqqi Kitab Turath Islami siri ketujuh berlangsung mulai hari ini hingga 20 Februari di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Koordinator program Mohd Anwar Mohd Yusof berkata program menampilkan tokoh ulama Pattani Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni akan mengupas karya agung Imam Al-Ghazali dan kitab Mawaqif al-Marjan.

"Tokoh ulama terbabit akan memperincikan setiap bab secara mendalam sama ada yang dibacakan dalam bahasa Arab atau Melayu.

[caption id="attachment_687636" align="alignleft" width="403"] Koordinator program Mohd Anwar Mohd Yusof. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Apa yang dikongsi Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni tidak dapat ditemui di tempat lain kerana pengajiannya dihuraikan secara terperinci daripada setiap huruf dan perkataan.

“Setiap kitab ini perincian diwarisi turun temurun tetapi kini mula ditinggalkan masyarakat. Kini kita perlu kembali semula kepada kitab turath yang diajar oleh individu yang mewarisinya,” katanya kepada Media Selangor.

Program pada 18 Februari meliputi dua sesi iaitu kuliah Dhuha (9 hingga 11 pagi) dan kuliah isyak (9 hingga 11 malam) manakala pada 19 dan 20 Februari melibatkan sesi kuliah Dhuha (9 hingga 11 pagi).

Terdahulu, menerusi terjemahan kitab Ihya Ulumuddin, Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni mengingatkan kepada umat Islam untuk terus bersangka baik kepada rencana disusun Allah.

Jelasnya, setiap kejadian itu diatur Allah dan apa yang berlaku kepada umatnya tepat pada waktu, tidak cepat atau lambat.

[caption id="attachment_687638" align="alignright" width="403"] Peserta program talaqqi Rubiah Misbah. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/MEDIA SELANGOR[/caption]

Sementara itu, suri rumah Rubiah Misbah, 65, berkata beliau kerap menghadiri program agama anjuran Kerajaan Negeri terutama dihadiri Baba Ismail Sepanjang al-Fathoni.

“Insya-Allah sekiranya diberi kesihatan baik sudah pasti saya akan hadir ke majlis ilmu yang dikongsi ilmuan agama.

“Kita hadir kerana Allah dan dengan ilmu yang diterima dapat membaiki diri sendiri kepada lebih baik,” katanya.

Program mengupas dua kitab itu merupakan kesinambungan Festival Turath Islami Selangor yang dianjurkan sejak Mei 2023.

Siri program itu dianjurkan bersama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE), Media Selangor Sdn Bhd, Akademi Pemikiran Turath, pejabat Dato’ Menteri Besar dan masjid negeri.

Program tersebut bertujuan memperkukuh pemahaman umat Islam mengenai keilmuan Imam al-Ghazali selain menjadi wadah mendalami khazanah warisan Islam yang sarat dengan hikmah dan pedoman kehidupan.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.