ad
AGENSI

Jais diseru terus banteras ajaran sesat, kukuh akidah umat Islam

18 Feb 2025, 4:33 AM
Jais diseru terus banteras ajaran sesat, kukuh akidah umat Islam
Jais diseru terus banteras ajaran sesat, kukuh akidah umat Islam

SHAH ALAM, 18 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor mengingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meneruskan usaha membenteras ajaran sesat yang menyeleweng di negeri ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah selaku ketua agama Islam, Baginda amat memandang serius terhadap pembangunan dan kebajikan umat Islam di negeri ini.

“Jais perlu meningkatkan penganjuran program keagamaan untuk mengukuhkan akidah umat Islam dengan berpandukan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” titah Baginda.

Baginda bertitah demikian ketika istiadat menyuarat pertama (pembukaan) persidangan penggal ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di sini, hari ini.

[caption id="attachment_687597" align="alignnone" width="811"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 18 Februari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pada masa sama, Sultan Selangor turut menitahkan Jais mengawasi dan menambah baik sistem sekolah tahfiz.

“Beta mahu keadaan fizikal dan fasliliti bangunan dan asrama tahfiz dilengkapi dengan aspek keselamatan yang diiktiraf.

“Alat pencegah kebakaran juga hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan diluluskan oleh pihak bomba. Tahfiz yang tidak berdaftar dan tidak memenuhi syarat hendaklah ditutup,” titah Baginda.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.