ad
AGENDA

Sultan titah projek rancangan tebatan banjir perlu disegerakan

18 Feb 2025, 3:58 AM
Sultan titah projek rancangan tebatan banjir perlu disegerakan
Sultan titah projek rancangan tebatan banjir perlu disegerakan
Sultan titah projek rancangan tebatan banjir perlu disegerakan

SHAH ALAM, 18 FEB: Kerajaan persekutuan dan Kerajaan Negeri diminta melaksanakan segera projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) berjumlah RM1.77 bilion.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor bertitah Kerajaan Negeri serta rakyat akan menanggung kerugian besar jika usaha mitigasi banjir dilengahkan.

“Beta berharap kerajaan di bawah kepimpinan Dato’ Menteri Besar tidak alpa dalam menghadapi musibah bencana yang berlaku di Selangor dan mengambil langkah proaktif dalam menangani isu bencana seperti banjir serta tanah runtuh.

“Beta tegaskan supaya pentadbiran negeri melaksanakan perancangan rapi untuk menghadapi isu bencana terutama bah supaya tragedi dahsyat tidak berulang lagi,” titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Baginda bertitah demikian ketika istiadat pembukaan sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) penggal ketiga di sini hari ini.

[caption id="attachment_687603" align="aligncenter" width="989"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 18 Februari 2025. Turut mengiringi Baginda DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Dalam pada itu, Sultan Selangor berharap Kerajaan Negeri menerokai penggunaan teknologi 'Waste-To-Energy' (WTE) bagi mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar dan mengoptimumkan penggunaan sumber yang ada.

Baginda bertitah pentadbiran negeri perlu memanfaatkan teknologi ini untuk menukar sisa pepejal kepada sumber tenaga yang boleh digunakan semula.

“Selangor sebagai negeri paling maju dan berpenduduk paling padat di Malaysia, menghasilkan kira-kira 7,000 metrik tan sisa domestik setiap hari.

“Dengan kadar pertumbuhan sisa yang dijangka meningkat sebanyak tiga peratus pada setiap dua tahun, langkah strategik amat diperlukan bagi memastikan pengurusan sisa yang lebih lestari dan berkesan,” titah Baginda.

[caption id="attachment_687597" align="aligncenter" width="1149"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan mencemar duli berangkat ke Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Dewan Negeri Selangor di Bangunan Annex, Shah Alam pada 18 Februari 2025. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.