Oleh NAZIHAH KHAN
KUALA SELANGOR, 18 FEB: Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) di sini, bakal disenarai sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco).
Kaunselor Majlis Penempatan Sungai Buloh Tan Ean Nee berkata pusat seluas 155 ekar itu kini menempatkan 85 bekas pesakit berusia 70 tahun ke atas yang menjalankan aktiviti berkebun dan menjual bunga.
“Bekas pesakit kusta yang mendiami penempatan di sini gembira apabila tahu tempat tinggal mereka akan dipelihara dan menjadi tapak warisan.
“Diharap PKKN ini segera dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco,” katanya kepada Media Selangor.
[caption id="attachment_687587" align="alignnone" width="797"] Bekas pesakit kusta menjalani kehidupan seperti biasa selepas penemuan penawarnya pada 1982. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]
Untuk rekod, PKKN pernah menjadi tempat pengasingan pesakit kusta sejak 16 Ogos 1930 oleh kerajaan British, namun kini semua bekas pesakit sedang meniti usia emas mereka.
Penempatan Sungai Buloh atau lebih dikenali sebagai Valley of Hope merupakan penempatan kusta kedua terbesar di dunia.
Penderita kusta dikuarantin kerana belum ada penawar ketika itu sehinggalah penemuannya pada 1982 membolehkan pesakit di seluruh dunia mendapatkan rawatan yang berkesan.
[caption id="attachment_687588" align="alignnone" width="827"] Lakaran penempatan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) ketika dibuka pada oleh kerajaan British pada 1930. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]