ad
BERITA UTAMA

Hubungan kaum bersatu, Bukit Rotan bakal jadi 'kawasan perpaduan'

18 Feb 2025, 2:00 AM
Hubungan kaum bersatu, Bukit Rotan bakal jadi 'kawasan perpaduan'
Hubungan kaum bersatu, Bukit Rotan bakal jadi 'kawasan perpaduan'
Hubungan kaum bersatu, Bukit Rotan bakal jadi 'kawasan perpaduan'

KUALA SELANGOR, 18 FEB: Kerajaan Negeri berhasrat menjadikan pekan Bukit Rotan sebagai 'kawasan perpaduan' menerusi keunikan lokasi empat rumah ibadat yang dibina berhampiran.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati S Thiban berkata usaha tersebut sedang direncana bersama semua pihak berwajib, sebelum diusul kepada Kementerian Perpaduan Negara.

"Saya akan angkat kawasan Bukit Rotan ini, saya akan berbincang dengan pihak berkaitan khususnya pihak kementerian untuk gazetkan Bukit Rotan sebagai kawasan perpaduan. Kita mahu angkat sebagai kawasan majmuk dengan semangat Malaysia Madani.

[caption id="attachment_687558" align="alignleft" width="347"] Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Melawati S Thiban[/caption]

"Saya juga akan syorkan kepada pejabat daerah untuk menamakan mana-mana jalan di sini, yang menggambarkan semangat perpaduan yang ada di sini," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Media Selangor sebelum ini menyiarkan dua siri laporan khas keistimewaan hubungan perpaduan antara kaum di Bukit Rotan yang telah lama disemai sejak pekan kecil itu mula dibangunkan ratusan tahun dahulu.

Selain itu, Bukit Rotan yang terletak kira-kira 50 minit dari Kuala Lumpur memiliki keunikan tersendiri apabila empat rumah ibadat berdiri bersebelahan dalam lingkungan 200 meter.

[caption id="attachment_687354" align="alignnone" width="822"] Pandangan dari atas Masjid An Nuriah, Gereja Tamil Methodist dan Kuil Sri Shakti Dhevasthanam di Bukit Rotan Kuala Selangor pada 12 Februari 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Kuil Sri Shakthi Dhevasthanam yang berusia lebih 100 tahun terletak bersebelahan Masjid An-Nuriah, diikuti Gereja Methodist Tamil, dan sebuah tokong Cina persendirian yang dibina di hadapan masjid.

Menceritakan pengalaman ketika bertanding sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) lalu, Thiban mengakui sengaja memilih Bukit Rotan sebagai lokasi pertama memulakan kempen.

Jejaka berumur 37 tahun ini berkata, kawasan berkenaan menggambarkan realiti masyarakat majmuk di Malaysia dengan keharmonian yang ditonjolkan penduduknya.

"Perpaduan ini tidak asing dengan masyrakat di sini. Kita boleh nampak selalunya di kedai kopi, warung, semua bangsa ada. Ini menggambarkan perpaduan dan kasih sayang antara mereka," katanya.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.