ad
AGENSI

Wakaf Selangor agih RM44,000 bantu masjid di Puchong Perdana naik taraf prasarana

17 Feb 2025, 2:00 PM
Wakaf Selangor agih RM44,000 bantu masjid di Puchong Perdana naik taraf prasarana

SHAH ALAM, 17 FEB: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) mengagihkan dana tabung wakaf bernilai RM44,000 kepada Masjid As-Salam, Puchong Perdana.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan sumbangan berkenaan merupakan 33 peratus dari kutipan tabung wakaf yang diletakkan di masjid berkenaan.

“Hasil kutipan ini akan diserahkan semula kepada masjid bagi pemasangan karpet baharu dan alat siar raya.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada jemaah dan menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf,” katanya.

Serahan sumbangan berkenaan disampaikan Penolong Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS Muhammad Hafizuddin Mohamad Sharil kepada wakil masjid Siddiq Fadzil Abdul Salim, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan sama, PWS menyeru masyarakat untuk terus berwakaf secara lebih mudah dan pantas menerusi laman sesawang https://fpx.wakafselangor.gov.my/.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.