ad
AGENDA

Penduduk Bukit Rotan hidup muafakat, hubungan akrab disemai ratusan tahun

17 Feb 2025, 1:00 PM
Penduduk Bukit Rotan hidup muafakat, hubungan akrab disemai ratusan tahun
Penduduk Bukit Rotan hidup muafakat, hubungan akrab disemai ratusan tahun
Penduduk Bukit Rotan hidup muafakat, hubungan akrab disemai ratusan tahun
Penduduk Bukit Rotan hidup muafakat, hubungan akrab disemai ratusan tahun
Penduduk Bukit Rotan hidup muafakat, hubungan akrab disemai ratusan tahun

KUALA SELANGOR, 17 FEB: Kehidupan masyarakat berbilang kaum di Bukit Rotan dengan sektor komoditi sebagai sumber ekonomi utama, mungkin dilihat tidak banyak beza dengan pekan kecil lain di negara ini.

Namun pekan kecil di daerah Kuala Selangor itu memiliki keunikan kerana terdapat kawasan dibina empat rumah ibadat, dengan jarak sekitar 200 meter antara satu sama lain.

Sikap saling muafakat dan kehidupan penduduknya serba sederhana menjadikan pekan Bukit Rotan yang terletak kira-kira 10 kilometer dari kota bersejarah Bukit Melawati, memiliki kestimewaan tersendiri.

[caption id="attachment_687505" align="alignleft" width="396"] Penduduk Bukit Rotan, P. Vellu. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Bagi penduduk asal, P  Vellu, 81, berkata Bukit Rotan tidak pernah berdepan dengan konflik perkauman meskipun empat rumah ibadat terletak berhampiran di dalam satu kawasan.

Datuk kepada lapan cucu itu berkata pada awalnya Bukit Rotan hanya memiliki sebuah kuil, surau dan gereja kecil sebelum tiga rumah ibadat tersebut dinaik taraf.

“Pada awalnya di Bukit Rotan ada kuil, kemudian ada masjid kecil, gereja dan tokong. Kemudian ia dibesarkan. Sampai sekarang tiada apa-apa gangguan. Kita semua kawan-kawan juga.

"Kita tidak kira (bangsa). Semua satu kali (bersama). Masjid pun ada kerja, kalau kita susah dia pun ada tolong kita,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Media Selangor sebelum ini menyiarkan laporan khas keunikan hubungan berbeza agama di Bukit Rotan, yang telah disemai sejak pekan kecil itu dibangunkan ratusan tahun dahulu.

[caption id="attachment_687512" align="alignright" width="396"] Mohd Rusni Sarmin. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Kuil Sri Shakthi Dhevasthanam yang berusia lebih 100 tahun, terletak bersebelahan Masjid An-Nuriah, diikuti Gereja Methodist Tamil dan sebuah tokong Cina milik persendirian di hadapan masjid berkenaan.

Masjid An-Nuriah dan Gereja Methodist Tamil bakal menyambut ulang tahun ke-100 pada tahun depan.

Sementara itu, Mohd Rusni Sarmin, 73, dari Sabak Bernam, yang singgah menunaikan solat di Masjid An-Nuriah, menyifatkan pekan Bukit Rotan sebagai unik dan harmoni.

“Saya pun berasal daripada sini (Selangor), alhamdulillah tiada apa-apa. Mereka saling hormat menghormati. Mereka tidak mengganggu.

"Kemungkinan (sifat perpaduan) ini dari generasi ke generasi. Penduduk disemai supaya hormat menghormati, kerana ini merupakan tempat ibadat,” katanya.

[caption id="attachment_687506" align="alignleft" width="396"] Penduduk Bukit Rotan, Marzana Shkari. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Keunikan semangat perpaduan di Bukit Rotan juga boleh dilihat menerusi keakraban Marzana Sukari, 63, bersama jiran ketika ditemui Media Selangor di Taman Kasawari, di sini.

Ibu sembilan anak ini juga menjadikan bahasa tamil sebagai pertuturan utama bersama jiran yang kebanyakannya berbangsa India.

"Bahasa tamil ni puncanya kerana saya kerja di estet. Di sana tidak ada ramai pekerja orang Melayu. Apabila waktu makan dan rehat, kita berkumpul sama-sama.

“Bagi saya, kalau sudah lancar bercakap, senang sahaja. Kalau waktu mahu bercakap, kita perlu dengar dulu (sebelum balas kembali),” katanya.

Marzana yang berkhidmat lebih 30 tahun di Ladang Estet Kuala Selangor turut memiliki dua anak angkat beragama Hindu, selain handal memasak masakan India.

“Saya boleh masak idli, kari dan macam-macam lagi. Apabila Deepavali dan Aidilfitri, kita juga bertukar juadah. Kalau sama-sama India, Melayu, sama saja. Tiada gaduh-gaduh,” katanya.

[caption id="attachment_687504" align="aligncenter" width="699"] Pandangan dari atas Masjid An Nuriah, Gereja Tamil Methodist dan Kuil Sri Shakti Dhevasthanam di Bukit Rotan Kuala Selangor pada 12 Februari 2025.Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.