SHAH ALAM, 17 FEB: Jabatan Kerja Raya (JKR) dicadang mempertimbang projek pelebaran jalan lama Gombak-Karak bagi mengatasi isu kesesakan terutama ketika musim perayaan.
Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah berkenaan diharap dapat melancarkan pergerakan dan memberi keselesaan kepada penduduk dan pengguna jalan berkenaan.
[caption id="attachment_602765" align="aligncenter" width="692"] Ahli Parlimen Gombak Dato’ Seri Amirudin Shari membahas Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan) 2023 ketika Sidang Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur pada 1 Mac 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
“Setiap kali musim perayaan terutama Aidilfitri dan Aidiladha, jalan lama Gombak ke Karak akan jadi paling sesak. Penduduk di sana juga sukar keluar dari kawasan untuk membuat persediaan menyambut perayaan.
“Saya harap JKR mempunyai penyelesaian bagi menangani hal ini, jalan lama antara Gombak ke Bentong juga perlu dilebarkan bagi memudahkan rakyat ketika musim perayaan,” katanya.
Beliau mencadangkan perkata itu dalam sesi perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Diraja Yang Di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, hari ini.
[caption id="attachment_577780" align="aligncenter" width="799"] Aliran trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak mulai sesak kerana kebanyakkan warga kota mula pulang ke kampung halaman ketika tinjauan sempena Aidilfitri di Lebuhraya Karak, Kuala Lumpur pada 19 April 2023. Foto BERNAMA[/caption]
Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor menambah Kerajaan Negeri juga sedia bekerjasama dengan JKR bagi memastikan usaha itu dapat dilaksana sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.
“Kita sudah melakukan bancian dan dapati ada lebih 300 penduduk yang tinggal di kawasan rizab sungai dan jalan yang boleh dialihkan. Kerjaan Negeri sedang menyediaan satu tapak peralihan, kalau pihak JKR bersedia untuk menyediakan pelebaran jalan tersebut.
“Kita juga bersedia mengalihkan penduduk supaya mereka dapat tempat sesuai dan tidak duduk di tanah kerajaan yang tidak ada pengesahan.
"Usaha ini akan memberi kebaikan kepada negeri dan negara. Kebaikan buat penduduk serta pengguna khusunya mereka yang menuju ke Pantai Timur menjelang musim perayaan.” katanya.