ad
AGENDA

Syarikat tetap didakwa isu logo halal walau sandwic tiada DNA babi

16 Feb 2025, 12:13 PM
Syarikat tetap didakwa isu logo halal walau sandwic tiada DNA babi
Syarikat tetap didakwa isu logo halal walau sandwic tiada DNA babi

SHAH ALAM, 16 FEB: Tiada kesan asid deoksiribonukleik (DNA) babi ditemui dalam sandwic ham dan keju yang dijual di kedai serbaneka dalam Universiti Malaya (UM).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup mengesahkan penemuan itu berdasarkan laporan Jabatan Kimia yang diterima pada 20 Januari lalu.

Bagaimanapun, Datuk Armizan Mohd Ali berkata syarikat pengeluar sandwic itu dan pengarahnya tetap berdepan 14 pertuduhan berkaitan penggunaan logo halal tanpa kebenaran.

“Kami merujuk kes ini kepada Jabatan Peguam Negara pada 23 Januari dan pendakwaan dibuat keesokan harinya.

“Proses ini berjalan pantas untuk memastikan keadilan dan ketelusan,” katanya seperti dilaporkan Sabah Media hari ini.

Pada 10 Januari lalu, sekumpulan pelajar UM menerbitkan video yang menimbulkan keraguan sama ada sandwic yang dijual di kedai KK Mart dalam kampus tersebut halal.

Pendedahan itu membawa kepada serbuan ke atas kilang pengeluar sandwic tersebut, manakala sampel produk itu dihantar ke Jabatan Kimia untuk diuji.

Susulan itu, syarikat berkenaan dan pengarahnya didakwa atas kesalahan melabel sandwic itu sebagai halal tanpa pensijilan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan kerana menggunakan logo halal Malaysia pada 366 bungkusan tanpa kebenaran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.