ad
AGENDA

Ringan beban ibu bapa, 1,650 pelajar B40 di PJ dapat bantuan sekolah

16 Feb 2025, 10:00 AM
Ringan beban ibu bapa, 1,650 pelajar B40 di PJ dapat bantuan sekolah
Ringan beban ibu bapa, 1,650 pelajar B40 di PJ dapat bantuan sekolah
Ringan beban ibu bapa, 1,650 pelajar B40 di PJ dapat bantuan sekolah
Ringan beban ibu bapa, 1,650 pelajar B40 di PJ dapat bantuan sekolah

PETALING JAYA, 16 FEB: Seramai 1,650 pelajar sekitar Parlimen Petaling Jaya menerima bantuan sempena sesi persekolahan yang bermula esok.

Ahli Parlimen Lee Chean Chung berkata penerima sumbangan Back To School (BTS) itu melibatkan murid darjah 1 hingga tingkatan 5 dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40).

“Bantuan BTS diberikan berperingkat termasuk sumbangan daripada Mydin dan kumpulan Sunway beberapa hari lalu. Hari ini seramai 300 pelajar menerima bantuan menerusi peruntukan Parlimen.

“Jumlah ini merupakan sebahagian daripada penerima keseluruhan memandangkan Kerajaan Negeri turut memberi bantuan awal persekolahan kepada pelajar layak,” katanya.

[caption id="attachment_687273" align="alignnone" width="794"] Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung bersama penerima ketika Karnival Kembali Ke Sekolah di Dewan Lindungan PJS 6/1, Petaling Jaya pada 16 Februari 2025. Turut sama Ahli Majlis Zon 24 Farhan Shah Ridzuan. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Ditemui di Karnival BTS di Dewan Pelindung PJS 6, dekat sini, Chean Chung berkata pihaknya turut menawarkan khidmat potong rambut pada harga RM5 seorang.

[caption id="attachment_687274" align="alignleft" width="347"] Shariza Basir[/caption]

“Kita beri subsidi untuk kurangkan harga bayaran. Harga ini murah dan berpatutan dan ia terbuka kepada semua pelajar,” katanya.

Sementara itu suri rumah, Shariza Basir, 42, berkata bantuan merangkumi uniform sekolah. kasut, beg dan peralatan tulis itu meringankan bebannya menyediakan keperluan empat anak.

“Bila seorang anak terima bantuan, saya dapat kurangkan belanja. Untuk tiga anak lain, kira-kira RM1,000 digunakan untuk barang sekolah sahaja,” katanya.

[caption id="attachment_687275" align="alignright" width="344"] S Umadewi[/caption]

Pekerja am, S Umadewi, 34, berkata beliau tidak menyediakan pakaian sekolah anaknya apabila diberitahu layak menerima bantuan.

“Badan pengurusan bersama (JMB) maklumkan anak layak terima bantuan. Saya akan hanya keluarkan duit untuk bayaran lain,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.