ad
AGENDA

Program berorientasi kemasyarakatan, perpaduan terus diperhebat demi kemakmuran

16 Feb 2025, 8:30 AM
Program berorientasi kemasyarakatan, perpaduan terus diperhebat demi kemakmuran
Program berorientasi kemasyarakatan, perpaduan terus diperhebat demi kemakmuran
Program berorientasi kemasyarakatan, perpaduan terus diperhebat demi kemakmuran
Program berorientasi kemasyarakatan, perpaduan terus diperhebat demi kemakmuran

KLANG, 16 FEB: Program berorientasikan kemasyarakatan yang mengeratkan perpaduan antara rakyat berbilang kaum akan terus diperhebat bagi memperkukuh hubungan kebersamaan,

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata agensi di bawah seliaannya sedia bekerjasama dengan semua pihak untuk terus memperkukuhkan kesatuan dan keharmonian demi kemakmuran negara.

[caption id="attachment_687302" align="aligncenter" width="763"] Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agam) Dato' Setia Dr Mohd Na'im Mokhtar berucap sempena program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Hokkien, Klang pada 16 Februari 2025. foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Program Jalinan Muhibbah Madani, Dialog Harmoni, Ziarah Madani serta lain-lain program berorientasikan kemasyarakatan akan terus diperhebat, semoga ia akan mendatangkan manfaat kepada negara.

“Agensi di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) meletakkan agenda perpaduan salah satu keutamaan untuk digerakkan bersungguh-sungguh secara bersepadu dengan semua pihak untuk menghasilkan dampak yang besar,” kata Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar.

[caption id="attachment_687265" align="aligncenter" width="721"] Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dato' Setia Dr Mohd Na'im Mokhtar melakukan gimik perasmian program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Hokkien, Klang pada 16 Februari 2025. foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berucap pada program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baharu Cina 2025 di Dewan Persatuan Hokkien Klang, hari ini yang dihadiri lebih 200 hadirin.

Sementara itu Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia Prof. Datuk ChM Ts Dr Taufiq Yap Yun Hin berkata program berkenaan diadakan bagi mempromosi pemahaman dan toleransi antara komuniti Islam dan bukan Islam yang terdapat di Malaysia.

[caption id="attachment_687304" align="aligncenter" width="811"] Presiden Persatuan Cina Muslim Malaysia Prof. Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin berucap sempena program Jalinan Muhibah Madani Tahun Baharu Cina di Dewan Persatuan Hokkien, Klang pada 16 Februari 2025. foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Untuk meningkatkan interaksi dan integrasi sosial antara pelbagai kaum di Malaysia enam prinsip keterangkuman perlu diamalkan seperti saling hormat-menghormati, toleransi, memahami, menerima dan meraikan kepelbagaian, bersyukur dan berterima kasih.

“Kita tidak mahu lihat perpecahan dalam negara kerana hormat-menghormati antara satu sama lain adalah teras Malaysia Madani,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.