ad
ADN

Karnival Kerjaya DUN Batu Tiga tawar 1,200 peluang kerja

15 Feb 2025, 8:00 AM
Karnival Kerjaya DUN Batu Tiga tawar 1,200 peluang kerja
Karnival Kerjaya DUN Batu Tiga tawar 1,200 peluang kerja
Karnival Kerjaya DUN Batu Tiga tawar 1,200 peluang kerja
Karnival Kerjaya DUN Batu Tiga tawar 1,200 peluang kerja

SHAH ALAM, 15 FEB: Sebanyak 1,200 jawatan kosong pelbagai sektor ditawar menerusi Karnival Kerjaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga di Dewan Beringin, Seksyen 24 di sini, hari ini.

Wakil rakyatnya Danial Al-Rashid berkata program anjuran bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melibatkan 10 majikan termasuk syarikat antarabangsa.

“Karnival ini dianjurkan kerana ada permintaan yang tinggi untuk warga Shah Alam mencari pekerjaan yang sesuai dengan tangga gaji yang lebih lumayan.

“Saya harap penduduk dapat ambil peluang, bekerja di sini berdekatan dengan rumah dan tidak perlu lagi ke Kuala Lumpur,” katanya kepada Media Selangor.

[caption id="attachment_687103" align="alignnone" width="805"] Ahli Dewan Negeri (ADN) Batu Tiga Danial Al-Rashid Haron menyantuni orang ramai hang hadir dalam Karnival Kerjaya DUN Batu Tiga bersama MyfutureJobs di Dewan Beringin Seksyen 24, Shah Alam pada 15 Februari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Terdahulu Danial meninjau sesi temu duga dan bertemu calon pencari kerja di karnival berkenaan, diiringi Pengarah Perkeso Selangor Ismail Abi Hashim.

[caption id="attachment_687104" align="alignleft" width="344"] Ahmad Taufeq Ismadi[/caption]

Sementara itu, Ahmad Taufeq Ismadi, 26, hadir ke program berkenaan bagi melihat peluang pekerjaan yang ditawarkan dalam bidang sains kejuruteraan.

Beliau yang masih menjalani latihan amali di sektor swasta menjangkakan peluang pekerjaan dalam bidang sains kejuruteraan tidak sukar namun bergantung kepada permintan semasa.

[caption id="attachment_687105" align="alignright" width="344"] A Sharvini[/caption]

“Saya baru mula cari kerja dalam tempoh dua minggu ini, setakat ini belum rasa susah lagi mahu cari kerja tetapi kita tidak tahu pada masa akan datang,” kata pemegang Ijazah Sarjana Bioteknologi dari Universiti Offemburg, Jerman ini.

Bagi A Sharvini, 26, beliau berharap mendapat pekerjaan segera dalam bidang perakaunan selepas dua bulan menganggur.

“Saya sudah dua bulan cari pekerjaan tetapi belum ada rezeki. Mencabar juga mahu cari kerja baharu tetapi saya tidak akan putus asa,” katanya yang hadir ditemani bapa.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.