ad
AGENSI

Agihan LZS RM1.15 bilion tahun lalu, manfaat lebih 350,000 asnaf

15 Feb 2025, 6:00 AM
Agihan LZS RM1.15 bilion tahun lalu, manfaat lebih 350,000 asnaf
Agihan LZS RM1.15 bilion tahun lalu, manfaat lebih 350,000 asnaf

SHAH ALAM, 15 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan zakat sebanyak RM1.15 bilion kepada lebih 350,000 golongan asnaf sepanjang tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata agihan meliputi bantuan kewangan, kos perubatan dan pendidikan.

“Bantuan yang diagihkan kepada golongan asnaf ini manfaat hasil daripada mereka yang menunaikan zakat sepanjang tahun lalu.

“LZS mengagihkan bantuan kepada mereka yang memerlukan termasuk pendidikan. Kita tidak mahu golongan asnaf ini keciciran aspek pendidikan kerana alami masalah kewangan,” katanya dihubungi Selangorkini.

[caption id="attachment_665427" align="alignnone" width="847"] Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS), Mohd Sabirin Mohd Sarbini (dua, kiri) menerima replika cek agihan zakat daripada Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LZS Zulfirdaus Abu Hassan (tengah) pada Karnival Zakat Selangor di Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 28 September 2024. Foto BERNAMA[/caption]

Mohd Sabirin menambah kesedaran membayar zakat semakin meningkat dari semasa ke semasa biarpun peratusannya masih rendah iaitu belum mencapai 50 peratus.

“Berdasarkan kajian, seramai 1.4 juta individu layak tetapi hanya 30 peratus yang mengeluarkan zakat. Jumlah ini masih rendah dan kita berharap lebih ramai individu yang layak berbuat demikian pada masa depan.

“Bagi meningkatkan kesedaran membayar zakat, LZS bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memperkenal silibus baharu pembayaran zakat di sekolah agama sejak dua tahun lalu.

“Kita mahu mendidik kesedaran pentingnya membayar zakat sejak daripada kecil lagi. Bukan itu sahaja, silibus ini juga diperluas di institusi pengajian tinggi tahun lalu bermula di Universiti Islam Selangor,” katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.