ad
AGENSI

MBI belanja lebih RM100 juta tahun lalu, bantu negeri ringankan beban rakyat

15 Feb 2025, 2:00 AM
MBI belanja lebih RM100 juta tahun lalu, bantu negeri ringankan beban rakyat
MBI belanja lebih RM100 juta tahun lalu, bantu negeri ringankan beban rakyat
MBI belanja lebih RM100 juta tahun lalu, bantu negeri ringankan beban rakyat

SHAH ALAM, 15 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyumbang lebih RM100 juta sepanjang tahun lalu bagi membantu Kerajaan Negeri menjaga kebajikan rakyat.

Ketua pegawai eksekutif kumpulannya berkata RM72 juta daripada jumlah berkenaan dibelanja untuk menjayakan pelbagai program prorakyat termasuk Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

[caption id="attachment_687053" align="aligncenter" width="812"] Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Dato’ Saipolyazan M Yusop berucap pada majlis malam apresiasi media di GSC Cinema, Setia City Mall, Shah Alam pada 14 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Anak syarikat turut menyerahkan kira-kira RM20 juta kepada Kerajaan Negeri dan turut menjalankan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Tahun lepas juga MBI dan anak syarikat mengeluarkan zakat RM11 juta. Jadi lebih RM100 juta pendapatan MBI disalur kepada negeri untuk beri manfaat kepada rakyat,” kata Dato’ Saipolyazan Mat Yusop.

Beliau berucap ketika majlis malam apresiasi media di Setia City Mall, Setia Alam malam tadi. Turut hadir Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor.

[caption id="attachment_687052" align="aligncenter" width="814"] Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Dato’ Saipolyazan M Yusop (dua, kiri) menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada rakan media pada majlis malam apresiasi media di GSC Cinema, Setia City Mall, Shah Alam pada 14 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Sementara itu, Saipolyazan berkata pihaknya menyasarkan pencapaian sebanyak RM8 bilion menjelang 2028.

Berikutan itu kerangka dan rancangan agenda berkenaan akan dikongsi dan dibentang kepada anak syarikat hujung bulan ini sempana majlis sambutan ke-30 MBI.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.