ad
AGENDA

Rapid perkenal enam laluan baharu mulai Isnin ini

14 Feb 2025, 10:39 AM
Rapid perkenal enam laluan baharu mulai Isnin ini

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Pengendali perkhidmatan bas Rapid KL dan bas perantara MRT, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) bakal memperluaskan jaringan rangkaian perkhidmatan Rapid KL On-Demand dengan pengenalan enam laluan baharu bermula Isnin ini.

Rapid Bus dalam kenyataan memaklumkan laluan baharu itu ialah:

  1. Saujana Utama/Elmina – Jalan Kuala Selangor
  2. Putra Heights – LRT Putra Heights
  3. Taman Medan – Jalan Klang Lama
  4. Pantai Sentral – LRT Universiti
  5. Bandar Tun Razak - Taman Midah
  6. Danau Kota – Jalan Genting Kelang

“Laluan baharu ini meliputi kawasan strategik yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi, lokasi yang belum mempunyai kemudahan pengangkutan awam serta mempunyai kesalinghubungan dengan perkhidmatan rel Rapid KL,” kata kenyataan itu.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Ku Jamil Zakaria berkata pengenalan enam laluan baharu ini juga adalah kesinambungan kejayaan pengenalan empat laluan baharu yang diperkenalkan pada 1 Februari.

Ia merangkumi laluan di sekitar Taman Desa, Taman Genting Setapak, Putrajaya Sentral dan Bangsar dengan perkhidmatan itu berjaya mencatatkan jumlah penumpang lebih daripada 1,700 pengguna setakat hari ini setelah hampir setengah bulan beroperasi.

Secara keseluruhan, perkhidmatan itu beroperasi di 13 laluan di Lembah Klang yang menawarkan jaringan perkhidmatan baharu kepada pengguna bagi melengkapkan perjalanan batuan pertama dan batuan terakhir.

“Rapid Bus akan menambah laluan baharu secara berperingkat sejajar dengan penerimaan van baharu. Inisiatif ini adalah usaha berterusan Rapid Bus dalam menyediakan servis baharu bagi menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam,” katanya dalam kenyataan sama.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.