ad
AGENDA

Ekonomi berkembang 5.1 peratus 2024, didorong perbelanjaan isi rumah, pemulihan eksport

14 Feb 2025, 4:46 AM
Ekonomi berkembang 5.1 peratus 2024, didorong perbelanjaan isi rumah, pemulihan eksport

KUALA LUMPUR, 14 FEB: Ekonomi Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024 daripada 3.6 peratus pada 2023, sejajar dengan sasaran kerajaan antara 4.8 peratus hingga 5.3 peratus tahun ke tahun.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) menjelaskan pertumbuhan itu didorong permintaan dalam negara yang terus berkembang dan pemulihan eksport.

Di dalam negara, pertumbuhan didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang lebih mantap, mencerminkan keadaan pasaran pekerja yang menggalakkan, langkah dasar untuk menyokong isi rumah dan kedudukan kewangan isi rumah yang kukuh, tambah bank pusat.

“Selain itu, kelulusan pelaburan yang mantap serta projek berbilang tahun yang terus dilaksanakan oleh sektor awam dan swasta, termasuk inisiatif pemangkin di bawah pelan induk nasional (iaitu Pelan Induk Perindustrian Baharu, Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Strategi Semikonduktor Nasional), memberikan dorongan selanjutnya kepada pertumbuhan pelaburan,” jelas BNM.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.