ad
AGENSI

Ringan beban buka sekolah, ibu tunggal, suri rumah syukur terima bantuan Pekawanis

13 Feb 2025, 10:19 AM
Ringan beban buka sekolah, ibu tunggal, suri rumah syukur terima bantuan Pekawanis
Ringan beban buka sekolah, ibu tunggal, suri rumah syukur terima bantuan Pekawanis
Ringan beban buka sekolah, ibu tunggal, suri rumah syukur terima bantuan Pekawanis
Ringan beban buka sekolah, ibu tunggal, suri rumah syukur terima bantuan Pekawanis
Ringan beban buka sekolah, ibu tunggal, suri rumah syukur terima bantuan Pekawanis

Oleh Ufairah Tarmidzi

SEPANG, 13 FEB: Bersyukur mendapat bantuan persekolahan, penerima sumbangan Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) mencadangkan kuota kelayakan diperluaskan pada tahun depan.

Pekerja swasta, Ajmal Ismail, 40, berkata bantuan beg, alat tulis dan wang tunai RM100 amat besar ertinya kepada golongan berpendapatan rendah, apatah lagi tarikh pembukaan sesi persekolahan hampir dengan bulan Ramadan.

[caption id="attachment_686738" align="alignleft" width="350"] Ajmal Ismail[/caption]

“Sekiranya bantuan dapat diperluaskan, lebih ramai lagi akan memperoleh manfaat. Ramai ibu bapa mengeluh dengan pembukaan sesi persekolahan cuma dua minggu sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadan.

"Sumbangan Pekawanis juga menceriakan anak saya. Semoga dia lebih bersemangat untuk memulakan sesi persekolahan,” katanya kepada Media Selangor.

Seramai 200 pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah menerima sumbangan Program Kembali Ke Sekolah anjuran Pekawanis yang disampaikan Yang Dipertuanya Datin Seri Masdiana Muhamad, baru-baru ini. Setiap pelajar menerima kelengkapan seperti beg, alat tulis serta wang tunai RM100.

[caption id="attachment_686742" align="alignright" width="350"] Zakia Aziz[/caption]

Sementara itu, ibu tunggal Zakia Aziz, 44, turut bersyukur kerana anak bongsunya yang berusia 11 tahun terpilih sebagai penerima bantuan.

“Alhamdulillah, bantuan diberikan Pekawanis juga secara tidak langsung dapat menggembirakan anak saya untuk memulakan sesi persekolahan tidak lama lagi.

“Suami saya pun sudah lapan tahun meninggal dunia akibat Hepatitis C. Bantuan ini besar ertinya kepada saya. Ia dapat meringkan beban saya untuk membesarkan anak-anak,” tambahnya.

[caption id="attachment_686741" align="alignleft" width="350"] Rabiah Abdul Rahman[/caption]

Bagi suri rumah Rabiah Abdul Rahman, 43, beliau bertuah menjadi anak jati Selangor kerana negeri ini menyediakan pelbagai bantuan di setiap peringkat umur.

"Selangor antara negeri yang menyediakan banyak bantuan atau inisiatif untuk rakyat termasuklah bantuan ketika musim buka sekolah. Cumanya saya berharap dapat diberikan lebih awal, mungkin sebulan sebelum buka sekolah.

“Saya juga mencadangkan pengumuman bantuan persekolahan ini dapat diawalkan dan tempoh pendaftaran penerima dipanjangkan. Ia dapat mengelakkan golongan yang memerlukan tidak ketinggalan untuk menerima bantuan,” katanya.

[caption id="attachment_686783" align="aligncenter" width="700"] Yang Dipertua Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad (tengah) menyampaikan sumbangan kelengkapan sekolah dalam Program Back To School Pekawanis 2025 di Avani Gold Coast Resort, Sepang pada 9 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.