ad
AGENDA

Suami direman tiga hari bantu siasatan isteri maut kemalangan

13 Feb 2025, 9:00 AM
Suami direman tiga hari bantu siasatan isteri maut kemalangan

ALOR GAJAH, 13 FEB: Suami direman tiga hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kemalangan membabitkan isterinya yang maut selepas motosikal ditunggang wanita itu terbabas di Kolej Vokasional Datuk Sri Mat Zin di sini, tengah malam semalam.

Perintah reman terhadap lelaki berusia 22 tahun itu yang dikeluarkan oleh Majistret Dr Teoh Syu Yee di Mahkamah Majistret Alor Gajah dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Dalam kejadian 12.50 tengah malam semalam, motosikal ditunggang Nur Erdiyanah Samsul Maarif, 27, dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke arah kanan jalan dan melanggar tembok batu.

Pekerja kilang itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Menurut polis, terdapat maklumat mengatakan sebelum kemalangan itu mangsa dipercayai bertengkar dengan suaminya yang bekerja sebagai penghantar barang dan ketika dalam perjalanan pulang, suami mangsa dipercayai mengikutnya dari belakang namun wanita itu kemudian memecut motosikal sebelum terbabas.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.