SHAH ALAM, 13 FEB: Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Seni Budaya Bangsa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam bermula esok hingga 16 Februari.
Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor berkata program dengan kemasukan percuma itu menyajikan pelbagai kegiatan seni, permainan rakyat dan hiburan.
“Karnival anjuran Koopseni dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam bakal dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari,” maklumnya menerusi Instagram.
Aktiviti menarik yang disediakan termasuklah konsert selebriti tanah air yang menampilkan antaranya Fauziah Latiff, Ani Mayuni dan Zaki Yamani.
Selain jualan usahawan selebriti, program berkenaan turut diisi dengan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh Ustaz Dato’ Badlishah Alauddin.