Harga terlalu mahal untuk kalangan anak muda mencetus persoalan sama ada pembelian rumah berbaloi atau sebaliknya. Tidak kurang menganggap menyewa lebih baik berbanding memiliki aset itu.
Berpengalaman selama 15 tahun dalam industri hartanah, Pengarah Protasa Properties Kamaruzaman Omar pada 22 Januari berkongsi pandangan dalam wawancara bersama wartawan ASRI SAPFIE melalui program Siapa Tahu? Wartawan ABDUL RAHIM SABRI menyusun semula panduan, kelebihan dan kekurangan dalam membeli atau menyewa rumah.
Petua asas
- kenal pasti tujuan
- beli jika ia benar-benar keperluan
- mampu bayar ansuran bawah 30 peratus gaji
- minta nasihat ahli keluarga
- pilih lokasi dan jarak rumah dengan tempat kerja
Mengapa banyak pertimbangan?
- beli rumah satu komitmen besar
- elak silap percaturan: pinjaman lulus, rumah belum siap
Panduan sebelum beli
- elak mudah teruja tawaran iklan beli rumah
- semak latar belakang pemaju jika beli premis baharu
- jika baharu mula bekerja, lebih baik sewa
- jangan malu bertanya pihak ketiga/berpengalaman
- minta pandangan ahli keluarga, tiada kepentingan
[caption id="attachment_614404" align="aligncenter" width="812"] Purata gaji di Malaysia dijangka meningkat sebanyak 5.1 peratus pada 2024, menurut Kajian Jumlah Saraan 2023 Mercer pada 20 November 2023. Foto BERNAMA[/caption]
Berapakah skala gaji sesuai?
- andaian gaji RM3,000 sebulan. Ansuran tidak lebih 30 peratus atau RM900 sebulan
- harga tidak lebih lima tahun pendapatan tahunan Contoh kiraan: Gaji RM3,000 x 12 bulan x 5 tahun = RM180,000 (harga rumah)
- RM180,000 harga ideal untuk beli sebuah rumah
Kebaikan sewa
- tiada modal besar, sekadar cengkeram (deposit)
- tidak perlu profil rekod baik
- tiada kos selenggara, yuran bagi rumah strata
- tidak perlu fikir hal kerosakan
Kekurangan sewa
- tidak miliki rumah walau diami dalam tempoh lama
- tidak boleh buat ubah suai, kekal sama apabila pindah
- tidak miliki perasaan seperti kediaman sendiri
[caption id="attachment_604051" align="aligncenter" width="811"] Penerima rumah Selangorku Amirul Zahin, 30 (kanan) bersama ibunya Jeliah Muhamad, 54 (tengah) di rumah mereka selepas majlis penyerahan kunci 420 unit Pangsapuri Selangorku@Seri Temenggung di Gombak pada 22 September 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
Kebaikan miliki rumah
- miliki aset bernilai tinggi
- bebas ubah suai ikut selera dan peraturan
- beri semangat dan inspirasi
Kelemahan miliki rumah
- modal besar untuk selenggara atau ubah suai
- kos baiki kerosakan jika rumah terpakai
Panduan buat keputusan?
- ukur kemampuan terlebih dahulu
- tiada keperluan beli di luar kemampuan pendapatan
- tinggal di pangsapuri ketika mula bekeluarga
- elak teruja beli rumah saiz besar, bulanan tinggi
- tidak ikut orang lain, beli premis yang tidak beban
- rebut faedah Skim Smart Sewa, sewa untuk beli
[caption id="attachment_527209" align="aligncenter" width="812"] Pemilik Rumah Idaman mengukir senyuman selepas menerima kunci Pangsapuri Idaman Abadi, Persiaran Tropicana Heights, Semenyih, Kajang pada 24 Jun 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]
Rumah baharu, terpakai atau lelong?
- rumah lelong untung tetapi berisiko, modal besar
- harga apartment/pangsapuri lebih murah
- ada kos tersembunyi/tanggungan kerosakan
Skim Smart Sewa mungkin jawapan untuk anak muda berteduh tanpa risiko besar selain berpeluang membeli rumah yang disewa. Tempoh sewaan dua tahun dengan pulangan 30 peratus daripada bayaran sewa apabila tidak lagi tinggal di unit itu dan tempoh maksima sewaan adalah lima tahun.
Berikut antara syarat kelayakan:
- usia 18 tahun ke atas, berkeluarga atau ada tanggungan
- pendapatan isi rumah:
a. tidak lebih atau kurang RM5,000 sebulan bagi rumah jenis A atau rumah kos rendah
b. tidak lebih RM15,000 sebulan dan ke bawah. Keutamaan kepada pendapatan kurang RM10,000 bagi rumah jenis B,C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah
- tinggal atau bekerja di Selangor
- tiada rumah atau ada kediaman tetapi lebih 50 km dari tempat sewa. Syaratnya, tempat kerja pemohon dalam 25 km perjalanan
- mengundi di Selangor