ad
AGENSI

Hospital Pakar Selgate Rawang milik PKNS dijadual beroperasi tengah tahun ini

12 Feb 2025, 12:45 AM
Hospital Pakar Selgate Rawang milik PKNS dijadual beroperasi tengah tahun ini

SHAH ALAM, 12 FEB : Hospital Pakar Selgate Rawang milik Kumpulan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bakal beroperasi pertengahan tahun ini.

Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat berkata pusat perubatan yang menyediakan lebih 300 katil itu akan memanfaatkan penduduk sekitar sekali gus membantu mengurangkan kesesakan hospital kerajaan.

“Kos pembinaan fasa 1 dan fasa 2 membabitkan perbelanjaan sejumlah RM70 juta dengan jumlah keseluruhan sebanyak 224 katil.

“Kita percaya apabila hospital ini sudah beroperasi nanti ia sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan jumlah pesakit yang bersesak di hospital kerajaan,” katanya kepada Media Selangor.

Sebelum ini EXCO Kesihatan Jamaliah Jamaluddin menjelaskan pembangunan Hospital Selgate Rawang yang sepatutnya siap pada tahun 2019 tertangguh disebabkan kekurangan tenaga kerja dan pandemik Covid-19.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.