ad
AGENDA

Gerai jual mercun terbakar, lima kenderaan musnah disambar api

12 Feb 2025, 12:10 AM
Gerai jual mercun terbakar, lima kenderaan musnah disambar api

KUALA LUMPUR, 12 FEB: Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.53 malam.

Beliau berkata 13 anggota beserta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian.

Lima kenderaan yang terbakar ialah Toyota Vellfire, Perodua Bezza, Proton Saga serta dua motosikal.

“Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan manakala punca kebakaran sedang disiasat,” katanya.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.