ad
AGENSI

Hijrah Selangor beri ‘nyawa’ syarikat 'gulung tikar' bangkit semula

11 Feb 2025, 1:00 PM
Hijrah Selangor beri ‘nyawa’ syarikat 'gulung tikar' bangkit semula

SHAH ALAM, 11 FEB: Pinjaman kewangan ditawar Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah Selangor) menyelamat sebuah syarikat digital gulung tikar akibat kurangnya pengetahuan dalam perniagaan.

Pengasas Digital Adage Sdn Bhd berkata beliau bersama dua lagi rakan kongsi membangunkan platform dalam talian, Wasep.me pada 2020 sebagai produk utama dengan menyasarkan golongan usahawan sebagai pelanggan.

Zakri Rozaini berkata perniagaan mereka berjalan lancar kerana mengenakan bayaran murah namun disebabkan kurangnya ilmu perniagaan menyebabkan mereka mencatatkan kerugian bersar.

“Hijrah merupakan langkah terakhir. Kami sudah buntu. Sebelum itu kami dah mohon bantuan daripada beberapa agensi namun gagal. Dokumen diperlukan juga tebal berbanding Hijrah hanya perlu isi sekeping borang.

“Bila jumpa Hijrah seperti dapat peluang kedua. Kakitangan Hijrah sangat membantu. Lepas mohon terus dapat duit dan beri bantuan bangkit semula dengan gunakan kewangan ke landasan tepat.

“Kami berjaya. Tiga tahun beroperasi dari 2020 hingga 2022, kami terima pelanggan seramai 16,000 tetapi lepas sertai Hijrah, dari 2023 hingga 2024, kami kumpul 25,000 usahawan,” katanya ketika program Bicara Semasa terbitan Media Selangor.

[embed]https://www.youtube.com/live/FfVrySUT1qk[/embed]

Berikutan pencapaian cemerlang syarikat, Zakri berkata mereka berjaya menerima pelaburan daripada Cradle Fund Sdn Bhd berjumlah RM500,000 pada hujung tahun lalu.

“Kalau boleh kami mahu semua usahawan gunakan peluang ini. Kami mahu semua usaha tahu tentang bantuan Hijrah ini terutama di Selangor,” katanya.

Pada 17 Disember lalu, syarikat berkenaan dinobat sebagai Ikon Usahawan Inovasi dan Digital 2024 sempena Majlis Anugerah Hijrahpreneur 2024.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.