ad
SELANGOR

Sebuah rumah hangus 90 peratus dalam kebakaran di Klang

11 Feb 2025, 8:08 AM
Sebuah rumah hangus 90 peratus dalam kebakaran di Klang

SHAH ALAM, 11 FEB: Sebuah rumah di Jalan Bahagia Kampung Bukit Kapar, Klang dekat sini, musnah hampir 90 peratus dalam kebakaran , hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian dipercayai berlaku sekitar 10 pagi tadi.

Ahmad Mukhlis menerusi kenyataan di sini hari ini, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.08 pagi dan menggerakkan 12 pegawai serta anggota dari tiga balai bomba ke lokasi kejadian.

Beliau berkata punca kebakaran masih dalam siasatan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.