SHAH ALAM, 11 FEB: Tourism Selangor optimis kempen Tahun Melawat Selangor (TMS) 2025 mampu mencapai sasaran kedatangan lapan juta pelancong.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Chua Yee Ling berkata pihaknya memberi tumpuan kepada pasaran pelancong utama seperti Jepun, China dan Indonesia.
[caption id="attachment_681795" align="aligncenter" width="792"] Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Tourism Selangor menjalin kerjasama dengan pemain industri menganjurkan pelbagai karnival fiesta makanan dan gastronomi.
“Pada Mac depan, tumpuan utama adalah pesta durian yang akan menjadi tarikan pelancong luar datang ke Selangor menikmati raja buah ini,” katanya kepada Media Selangor.
Yee Ling menambah pihaknya turut menganjurkan FAM Trip bersama peserta Forum Pelancongan Asean untuk mempromosikan produk pelancongan Selangor pada bulan lepas.
“FAM trip ini melibatkan pengamal media, pemimpin pendapat utama (KOL) dan agensi pelancongan seluruh Asean.
“Mereka turut dibawa mengenali produk pelancongan negeri dengan lebih dekat selain membantu promosi kempen TMS2025,” katanya.
[caption id="attachment_681793" align="aligncenter" width="788"] Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling (tengah) diberi taklimat oleh Presiden Persatuan Kebudayaan Jenjarom Eu Woh chee (kanan) selepas sidang media di Kampung Baru Jenjarom, Kuala Langat pada 12 Januari 2025. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Menurutnya lagi, Tourism Selangor melalui penglibatan persatuan budaya turut membuat promosi poster dan logo TMS2025 di majlis sambutan perayaan Tahun Baharu Cina.
Kerajaan Negeri menyasarkan kehadiran lapan juta pengunjung ke Selangor tahun ini dengan catatan transaksi RM11.7 bilion sempena TMS2025.
TMS2025 disasar menawarkan lebih 60 program dan acara dengan promosinya memberi penekanan khusus kepada beberapa segmen termasuk ekopelancongan, agro, seni dan budaya.
[caption id="attachment_673163" align="aligncenter" width="718"] Pekerja ladang Farm Fresh memberi penerangan kepada pengamal media ketika lawatan Tourism Selangor bersama pengamal media di Ladang Farm Fresh, Serdang pada 14 Februari 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]
[caption id="attachment_661870" align="aligncenter" width="743"] EXCO Pelancongan Ng Suee Lim (tengah) bergambar ketika melawat ke Farm In The City, Seri Kembangan pada 5 September 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_653284" align="aligncenter" width="740"] EXCO Pelancongan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Ng Suee Lim beramah mesra dengan orang ramai ketika Festival Bon Odori ke-48 di Kompleks Sukan Negara Shah Alam (Panasonic), Shah Alam pada 20 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_623197" align="aligncenter" width="815"] Kumpulan agen pelancongan dari Thailand yang datang melawat Anjung Utara dibawa ke Pantai Kuala Selangor lebih dikenali sebagai "Mirror of the Sky" kerana perairan cetek ini seperti cermin di Kuala Selangor pada 11 Januari 2024. Foto Foto Sky Mirror[/caption]