ad
AGENSI

Karnival Seni Budaya Bangsa 14-16 Feb, pelbagai program menarik menanti pengunjung

11 Feb 2025, 3:30 AM

SHAH ALAM, 11 FEB: Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Karnival Seni Budaya Bangsa di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 14 hingga 16 Februari.

Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor berkata program dengan kemasukan percuma itu menyajikan pelbagai kegiatan seni, permainan rakyat dan hiburan.

“Karnival anjuran Koopseni dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam bakal dirasmikan oleh Dato’ Menteri Besar Dato’ Sri Amirudin Shari,” maklumnya menerusi Instagram.

Aktiviti menarik yang disediakan termasuklah konsert selebriti tanah air yang menampilkan antaranya Fauziah Latiff, Ani Mayuni dan Zaki Yamani.

Selain jualan usahawan selebriti, program berkenaan turut diisi dengan ceramah perdana yang akan disampaikan oleh Ustaz Dato' Badlishah Alauddin.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.