Oleh AIDA NYAN
SHAH ALAM, 10 FEB: Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) yang diperluas ke tingkatan empat tahun ini disambut baik dengan harapan tambahan mata pelajaran pada masa akan datang.
Fisioterapi Hospital Kuala Lumpur, Fahami Hidayyat, 36, berkata insentif itu membantu pelajar terbabit membuat persiapan awal setahun bagi menghadapi Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM).
[caption id="attachment_686324" align="alignleft" width="271"] Fahami Hidayyat[/caption]
"Cadangan saya adalah kumpulkan guru yang ajar subjek SPM atau gubal soalan dan masukkan guru itu dalam PTRS tersebut," katanya kepada Media Selangor.
Berkongsi pendapat sama, pelajar Lai Yu Wen, 23, yang berkata program tersebut sedikit sebanyak membantu mereka mengisi masa dengan perkara yang berfaedah.
"Bagus lah sebab ia seperti persediaan awal untuk SPM, percuma pula tu. Lagipun daripada mereka membazir masa dengan perkara bukan-bukan, mereka boleh pergi ke program ini," katanya.
[caption id="attachment_686325" align="alignright" width="274"] Tracy Shai[/caption]
Manakala peniaga, Tracy Shai, 53, berpendapat dengan silibus pelajaran yang semakin susah, PTRS dapat membantu pelajar mengulangkaji semula supaya tidak keciciran.
"Sekarang kerja rumah semakin hari semakin susah. Kalau di sekolah mungkin pelajar tidak dapat tangkap, tuisyen dan kelas tambahan ini mungkin akan tolong."
Sementara itu, pelukis pelan, Aida Niza Ahmad, 50 berkata inisiatif Selangor itu bukan sahaja membantu para pelajar, malahan ibu bapa berpendapatan rendah.
"Saya sokong apa yang dilakukan Kerajaan Selangor lagipun banyak ibu bapa yang kurang berkemampuan.
[caption id="attachment_686326" align="alignleft" width="264"] Aida Niza Ahmad[/caption]
"Tambahan pula pelajar-pelajar ni suka belajar pada minit-minit terakhir, jadi bila ada tuisyen percuma pasti ibu bapa akan daftarkan mereka," katanya.
Beliau turut mencadangkan agar masa kelas tambahan dimuatkan pada hari minggu ekoran bimbang pelajar kurang fokus apabila sudah penat belajar di siang hari.
Pengurus Gudang, Shahruzaman, 49, turut menyambut baik perluasan PTRS ke tingkatan 4, berharap program tuisyen ini dapat diperluas dengan menambah lebih ramai guru dan pelajar dari kawasan luar bandar.
[caption id="attachment_686327" align="alignright" width="258"] Shahruzaman[/caption]
Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar mengumumkan Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) tahun ini diperluaskan kepada kira-kira 130,000 pelajar tingkatan empat.
Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program itu terbukti berkesan apabila seramai 3,552 peserta PTRS berjaya meraih keputusan cemerlang gred A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023.
PTRS adalah bantuan kelas tambahan bahasa Melayu, bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Sejarah dan Matematik Tambahan.
Program tersebut menyasarkan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah yang prestasi pelajaran sederhana atau lemah.
Belanjawan Selangor 2025 memperuntuk RM10 juta bagi melaksanakan PTRS melibatkan pelajar tingkatan empat dan lima manakala RM1 juta untuk program intervensi literasi dan numerasi di sekolah rendah.
[embed]https://selangortv.my/ptrs-diperluas-bantu-pelajar-buat-persediaan-awal-hadapi-spm/[/embed]