ad
BERITA UTAMA

Saringan kesihatan percuma dua tempat minggu ini, daftar di SELangkah

10 Feb 2025, 4:00 AM
Saringan kesihatan percuma dua tempat minggu ini, daftar di SELangkah
Saringan kesihatan percuma dua tempat minggu ini, daftar di SELangkah

SHAH ALAM, 10 FEB: Program saringan kesihatan percuma anjuran Kerajaan Negeri berlangsung di dua tempat minggu ini.

Inisiatif Selangor Saring yang menyediakan ujian seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi  diadakan di dua lokasi berikut:

14 Februari: Bangunan Mahkamah Syariah Sultan Idris Shah

15 Februari: Dewan Pusat Komuniti Kampung Kunci Air Buang, Tanjong Karang

Peserta digalakkan mendaftar Selangor Saring di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah) selain saringan ditawar berdasarkan penilaian faktor risiko individu.

Berikut cara mendaftar Selangor Saring:

1. memuat turun SELangkah

2. tekan butang Selangor Saring

3. isi borang soal selidik

4. pilih lokasi dan tarikh program

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

Program Selangor Saring antara usaha membantu penduduk mengesan penyakit lebih awal dengan menyasar individu mempunyai sejarah perubatan keluarga, obesiti dan mengamalkan gaya hidup tidak sihat.

Pada 17 Disember tahun lalu, Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan hampir 7,000 rakyat negeri ini menjalani saringan percuma sepanjang 2024 dengan 38 peratus daripadanya melibatkan individu berumur 46 hingga 64 tahun.

Sebarang masalah boleh menghubungi talian hotline Selcare 1-800-22-6600.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.