ad
AGENDA

Sultan, Permaisuri berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina, disambut 30,000 pengunjung

8 Feb 2025, 3:11 PM
Sultan, Permaisuri berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina, disambut 30,000 pengunjung
Sultan, Permaisuri berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina, disambut 30,000 pengunjung
Sultan, Permaisuri berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina, disambut 30,000 pengunjung
Sultan, Permaisuri berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina, disambut 30,000 pengunjung
Sultan, Permaisuri berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina, disambut 30,000 pengunjung

KUALA LANGAT, 8 FEB: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan berangkat ke sambutan perayaan Tahun Baharu Cina peringkat negeri di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen, Jenjarom di sini, malam ini.

Keberangkatan tiba Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut lebih 30,000 rakyat berbilang kaum diiringi paluan gendang kebudayaan Cina.

Turut mengiringi baginda ialah Dato’ Menteri Besar Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad, EXCO Pelaburan Ng Sze Han dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

[caption id="attachment_686112" align="aligncenter" width="812"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenaan menandatangani plak, disaksikan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin ketika menghadiri Sambutan Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina peringkat Selangor di Tokong Fo Guang Shan Dong Zen, Kuala Langat pada 8 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

Baginda berdua kemudiannya berkenan menggaul Yee Sang sebagai gimik perasmian sambutan perayaan tersebut serta menonton pelbagai persembahan kebudayaan sambil bersantap.

Tengku Permaisuri Norashikin bersama Masdiana turut menyampaikan 'angpau' kepada kanak-kanak bawah 12 tahun serta warga emas terpilih.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin berkenan meluangkan masa melawat ke tapak pesta tanglung dan pameran bunga di perkarangan tokong tersebut sebelum berangkat pulang.

[caption id="attachment_686113" align="aligncenter" width="775"] Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan Isteri Dato' Menteri Besar Datin Masdiana Muhamad menyampaikan angpau kepada kanak-kanak ketika Sambutan Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina peringkat Selangor di Tokong Fo Guang Dong Zen, Kuala Langat pada 8 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_686111" align="aligncenter" width="809"] Lebih 30,000 pengunjung hadir memeriahkan di Sambutan Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina peringkat Selangor di Tokong Fo Guang Dong Zen, Kuala Langat pada 8 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

[caption id="attachment_686117" align="aligncenter" width="1000"] Persembahan nyanyi 'Loving You' with Malaysia's weather dari Ah Niu di Sambutan Rumah Terbuka sempena Tahun Baharu Cina peringkat Selangor di Tokong Fo Guang Dong Zen, Kuala Langat pada 8 Februari 2025. Foto HARUN TAJUDIN / MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.