Oleh Yasmin Ramlan
SHAH ALAM, 8 FEB: Kerajaan Selangor melaksana pelbagai insiatif bagi menjaga habitat hidupan liar termasuk primat (spesis keluarga monyet, termasuk babun dan beruk), menerusi dua jalinan sekunder.
EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin berkata usaha tersebut dijalankan bawah Pelan Induk Rangkaian Ekologi Tulang Belakang Hutan 2022 yang bertujuan memelihara koridor hijau dan kemampanan alam.
Beliau berkata, koridor tersebut ialah BSL1, yang menghubungkan Hutan Simpan Raja Muda, Hutan Simpan Bukit Tarek, dan Hutan Simpan Gading, dan BSL2, yang menghubungkan Hutan Simpan Sungai Lalang dan Hutan Simpan Hulu Langat.
"Koridor ini memainkan peranan penting dalam memastikan primat dan hidupan liar lain boleh bergerak bebas di antara kawasan hutan, mengurangkan pemecahan habitat yang disebabkan oleh pembangunan," katanya, lapor Selangor Journal baru-baru ini.
[caption id="attachment_683389" align="aligncenter" width="779"] EXCO Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin bergambar bersama maskot Karnival Alam Sekitar Peringkat Selangor ketika sidang media selepas Persidangan Dewan Negeri Selangor ke-15 di Bangunan Annex, Shah Alam pada 10 Julai 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Sebelum ini, Selangor Journal melaporkan penebangan hutan bagi sektor pertanian, pembalakan dan pembangunan bandar telah mengurangkan habitat hidupan liar termasuk komuniti primat.
Menurut pensyarah di Pusat Pengajian Sains Biologi Universiti Sains Malaysia (USM) Nadine Ruppert, pemecahan habitat telah mengasingkan populasi primat dan menjadikannya sukar mencari makanan, pasangan dan tempat tinggal sekali gus diancam kepupusan.
Mengulas lanjut, Jamaliah menambah, Kerajaan Selangor melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia melaksana pelbagai langkah strategik bagi mengatasi masalah terbabit.
Jelasnya, antara usaha tersebut adalah memasang papan tanda lintasan hidupan liar di lokasi strategik bagi mengurangkan kemalangan jalan raya, menjalankan program pengayaan habitat serta memulih semula hutan dan pokok asli.
“Usaha ini menekankan komitmen Selangor untuk mengimbangi pembangunan dengan pemuliharaan, memastikan kemampanan jangka panjang habitat semula jadi disamping melindungi populasi primat,” katanya.
[caption id="attachment_629830" align="aligncenter" width="810"] Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah meninjau kawasan Hutan Simpan Ulu Selangor dan Santuari Ikan Sungai Chiling di Kuala Kubu Bharu pada 22 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]
Selain itu, beliau berkata, Selangor menyasar untuk mengekalkan sekurang-kurangnya 30 peratus tanahnya sebagai hutan simpan kekal dengan ketika ini hutan simpan kekal meliputi 250,987.12 hektar atau 31.7 peratus.
Menurut Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi, daripada 26 spesies primat yang berasal dari Malaysia, 15 spesis kini terancam atau kritikal terancam, lapan spesis terdedah dengan ancaman kepupusan, manakala tiga hampir terancam.
[caption id="attachment_552054" align="aligncenter" width="781"] Penolong Pegawai Hutan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor Mohd Hadzmer Sanuddin memegang akar pokok pepanjat yang mengelilingi pokok tempinis di hutan simpan Ampang Pechah. Nama sainsnya ‘Streblus elongatus’, tempinis sejenis pohon sederhana yang boleh tumbuh setinggi 30 meter pada 14 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]