SHAH ALAM, 8 FEB: Pembukaan semula Muzium Sultan Alam Shah, Seksyen 14 di sini, hari ini mengimbau semula zaman kanak-kanak buat pengunjung yang hadir.
Grace Mui, 54, berkongsi pameran tepak sirih dan perkakas dapur di muzium berkenaan membangkitkan semula kenangan bersama neneknya di desa suatu ketika dahulu.
[caption id="attachment_686077" align="aligncenter" width="764"] Grace Mui, 54,[/caption]
“Pertama kali hadir ke sini dan kedua-kedua pameran alatan ini yang paling saya gemari. Saya masih ingat semasa kecil dahulu nenek suka makan sirih.
“Saya merupakan peminat muzium selepas mengetahui informasi pembukaan hari ini melalui kumpulan WhatsApp pusat pemberdayaan wanita selangor terus rancang datang dari Sepang,” katanya yang bekerja sebagai saintis data.
Seorang lagi pengunjung, Rafidah Alias, 39, tidak melepaskan peluang membawa tiga anaknya untuk mendedahkan mereka mengenai sejarah, artifak dan kuih tradisional di Selangor sebagai proses pendidikan.
[caption id="attachment_686076" align="aligncenter" width="814"] Rafidah Alias, 39,[/caption]
“Banyak barang dipamerkan dan aktiviti menarik di Muzium ini banding dulu hanya replika lama. Saya mengetahui pembukaan muzium melalui TikTok lalu merancang membawa keluarga sempena cuti sekolah,” katanya yang kali terakhir ke muzium ini pada 2018.
Bagi Emilya Hamdan, 34, berpandangan pameran di muzium hari ini lebih menarik, moden dan teratur berbanding 10 tahun lalu.
[caption id="attachment_686067" align="aligncenter" width="812"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah meninjau ruang pameran di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 8 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
Sebelum ini, EXCO kebudayaan berkata Kerajaan Negeri memperuntuk lebih RM5 juta bagi kerja naik taraf sejak 2019.
Menurut Dato’ Borhan Aman Shah, pelbagai tarikan baharu disediakan antaranya 1,000 pameran artifak, pameran alam kubur 3D, sejarah warisan warung makanan dan perkahwinan kaum di Selangor.
[caption id="attachment_685992" align="aligncenter" width="776"] Rangka dinosaur setinggi 15 kaki dan panjangnya 30 kaki antara replika paling lama dalam simpanan , Muzium Sultan Alam Shah yang kini kembali dipamerkan semula. Foto dirakam pada Majlis Pelancaran Program Fun @ MSAS di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 8 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_686080" align="aligncenter" width="809"] Antara para pengunjung yang hadir pada Majlis Pelancaran Program Fun @ MSAS di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 08 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_686078" align="aligncenter" width="812"] Antara para pengunjung yang hadir pada Majlis Pelancaran Program Fun @ MSAS di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam pada 08 Februari 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]