ad
AGENDA

Lelaki warga asing ditahan disyaki cuba mencuri dalam pesawat

8 Feb 2025, 7:57 AM
Lelaki warga asing ditahan disyaki cuba mencuri dalam pesawat

GEORGE TOWN, 8 FEB: Lelaki warga asing berusia 52 tahun ditahan kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.

Polis Daerah Barat Daya dalam kenyataan memaklumkan kejadian berlaku pada 12 tengah hari ketika pesawat terbabit dalam penerbangan dari Subang ke Pulau Pinang.

“Seorang penumpang mendapati individu tidak dikenali sedang membuka bagasinya. Pengadu segera memaklumkan perkara itu kepada kru penerbangan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas.

“Hasil siasatan mendapati tiada barang berharga hilang, namun suspek ditahan untuk siasatan lanjut,” menurut kenyataan itu di Facebook hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan perintah reman terhadap suspek akan dimohon di Mahkamah Balik Pulau bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.