SETELAH ditutup sejak 2019 bagi kerja naik taraf, Muzium Sultan Alam Shah di Seksyen 14, Shah Alam dibuka mulai hari ini, 8 Februari.
Bangunan muzium dibina atas tanah seluas 12.95 hektar dibuka pada 1989.
Pembukaan semula muzium dengan kos naik taraf lebih RM5 juta itu sekali gus menyokong kempen pelancongan negeri, Tahun Melawat Selangor 2025.
Dikendali Perbadanan Adat Melayu & Warisan Negeri Selangor (PADAT), ia menempatkan Galeri Sejarah, Galeri Adat dan Kebudayaan dan Galeri Alam Semula Jadi.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat 1,000 bahan pameran termasuk artifak, diorama, model dan replica merangkumi aspek sejarah, kebudayaan dan warisan.
Selain itu, ada lebih 800 spesimen berkaitan alam semula jadi. Jurufoto HARUN TAJUDIN merakam sebahagian ruang dan bahan pameran di muzium berkenaan ketika sesi lawatan EXCO Kebudayaan Datuk Borhan Aman Shah bersama Ketua Pegawai Eksekutif Muzium Sultan Alam Shah Rozzana Rahmat dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor Chua Yee Ling pada 20 Januari. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.
[caption id="attachment_685988" align="aligncenter" width="1117"] Pembuat Wau Kapal Selangor menunjukkan demonstrasi pembuatan seni tradisi itu. Wau itu diiktiraf sebagai identiti Selangor selepas didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) pada tahun lalu[/caption]
[caption id="attachment_685983" align="aligncenter" width="1044"] Kulit ular sawa batik antara bahan pameran terbaharu. Reptilia mencecah panjang 23 kaki itu pernah ditangkap penangkap ular dari Sepang, Selangor[/caption]
[caption id="attachment_685984" align="aligncenter" width="1104"] Album piring hitam bintang legenda negara, Tan Sri SM Salim antara menghiasi Segmen Muzik dalam muzium[/caption]
[caption id="attachment_685985" align="aligncenter" width="1218"] Pengunjung mengamati 300 rama-rama yang diawet dalam almari kaca. Ia antara artifak paling lama disimpan muzium sejak 36 tahun lalu[/caption]
[caption id="attachment_685986" align="aligncenter" width="1141"] Meriam ekor lotong, senjata tradisional yang diguna secara meluas pasukan tentera Melayu sekitar tahun 1838, antara dipamer PADAT[/caption]
[caption id="attachment_685987" align="aligncenter" width="1101"] Pengukir patung Mah Meri dari Pulau Carey Kuala Langat menghasilkan ukiran tradisional. Karya yang dipamer turut diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO)[/caption]
[caption id="attachment_685989" align="aligncenter" width="1047"] Pelbagai koleksi pakaian pengantin etnik Bugis, Jawa dan Banjar dari tahun 1950 an hingga 2000 menghiasi ruang Segmen Raja Sehari[/caption]
[caption id="attachment_685990" align="aligncenter" width="1045"] Pencanting melukis Batik Selangor menggunakan warna emas. Ia turut dipamer dalam muzium berkenaan.[/caption]
[caption id="attachment_685991" align="aligncenter" width="1152"] Borhan melawat tapak kubur yang dipamer kembali kerana mendapat sambutan sejak muzium dibuka pada 1989[/caption]