ad
AGENDA

Naik taraf dewan serba guna kuil untuk aktiviti masyarakat, pelancongan

8 Feb 2025, 12:27 AM
Naik taraf dewan serba guna kuil untuk aktiviti masyarakat, pelancongan

GOMBAK, 8 FEB: Kerajaan Persekutuan akan membantu menaik taraf dewan serba guna di kuil Sri Maha Mariamman, Batu Caves.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Kerajaan Negeri juga akan memudahkan proses kelulusan pembinaan selain menyelesaikan status tanah dan teknikal pentadbiran bagi tujuan pembangunan.

“Kita (kerajaan) akan meluluskan sedikit peruntukan. Selepas mendengar taklimat Pengerusi Kuil Tan Sri R Nadarajah yang maklumkan kepada saya dewan ini untuk memudahkan kaum Hindu menjalani ibadah dengan aman.

“Selain itu, dewan juga untuk kegunaan aktiviti masyarakat selain merancakkan pelancongan di wilayah sekitar kuil ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan kerja ke Kuil Batu Caves di sini, semalam. Hadir sama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Dalam pada itu, Anwar berharap sambutan Thaipusam pada Selasa ini diraikan dengan baik serta aman tanpa sebarang gangguan.

“Terima kasih juga kepada pihak polis yang menyediakan 1,500 anggota bagi menjaga kawasan kuil supaya memudah perjalanan sambutan,” ujarnya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.