SHAH ALAM, 6 FEB: Setiausaha Kerajaan Selangor dan pegawai kewangan negeri mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), hari ini.
Dato’ Dr Ahmad Fadzli Ahmad Tajudin dan Datuk Dr Haniff Zainal Abidin turut menandatangani aku janji dan surat sumpah rahsia di hadapan Dato’ Menteri Besar di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri, di sini.
Kedua-duanya kemudian mengambil tempat masing-masing bagi memulakan mesyuarat MMKN yang dipengerusikan Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan EXCO.
[caption id="attachment_685578" align="alignnone" width="809"] Datuk Dr Haniff Zainal Abidin mengangkat sumpah sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN)
di hadapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari
di Bangunan Pentadbiran Kerajaan negeri pada 6 Februari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]
Ahmad Fadzli, 53, memulakan tugas sebagai anggota pegawai tadbir diplomatik pada 1996 dan pernah bertugas di Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) sebagai ketua Kluster Pembangunan Pengurusan dan Inovasi.
Pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang pentadbiran perniagaan dari Universiti Sains Malaysia (USM) itu menyandang jawatan sebagai pegawai kewangan negeri sejak 2021.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai yang dipertua Majlis Perbandaran Klang (kini Majlis Bandaraya Diraja Klang) pada April 2020.
Sementara itu, Haniff bertugas sebagai timbalan pengarah kanan (Pembangunan Kompetensi) di Intan sebelum dilantik sebagai pegawai kewangan negeri menggantikan Ahmad Fadzli.