ad
AGENDA

Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal di Ampang

6 Feb 2025, 1:00 AM
Tiga pemandu van sekolah ditahan curi motosikal di Ampang

KUALA LUMPUR, 6 FEB: Tiga pemandu van sekolah ditahan kerana disyaki mencuri sebuah motosikal di kawasan parkir di hadapan Plaza Flamingo, Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 29 Jan lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata ketiga-tiga suspek lelaki berusia 61, 52 dan 50 tahun itu ditahan pada 3 Feb lepas.

“Ketiga-tiga suspek itu ditahan di sekitar Lembah Klang dan sebuah van sekolah dipercayai digunakan semasa kejadian turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mereka dipercayai mengangkat dan memasukkan motosikal itu ke dalam van milik seorang daripada suspek untuk dilarikan.

“Motosikal itu diserahkan kepada suspek berusia 52 tahun bagi kegunaan bekerja,” katanya.

Menurut Mohd Azam, berdasarkan laporan, pemilik motosikal itu telah meninggalkan kenderaannya di lokasi kejadian pada 8 pagi, 28 Jan dalam keadaan berkunci sebelum menyedari kehilangan pada 3.30 petang, 2 Feb.

Beliau berkata ujian air kencing mendapati dua daripada mereka positif dadah dan ketiga-tiganya direman hingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.