ad
AGENDA

Langganan 5G cecah 18.19 juta setakat suku keempat tahun lepas

5 Feb 2025, 11:50 AM
Langganan 5G cecah 18.19 juta setakat suku keempat tahun lepas
Langganan 5G cecah 18.19 juta setakat suku keempat tahun lepas

KUALA LUMPUR, 5 FEB: Pengguna rangkaian 5G di seluruh negara mencecah 53.35 peratus atau 18.19 juta langganan setakat suku keempat tahun lepas, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Beliau berkata ia adalah pencapaian terbaik dalam tempoh singkat dan merupakan langkah besar dalam usaha membangunkan infrastruktur telekomunikasi yang lebih baik untuk semua.

"Perkembangan positif ini antara dibentang dalam Mesyuarat Penyelarasan Pelaksanaan Dwirangkaian 5G yang saya pengerusikan di Kementerian Komunikasi hari ini," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Fahmi berkata liputan 5G di kawasan berpenduduk di seluruh negara juga telah mencapai 82.4 peratus dalam tempoh berkenaan sekali gus memperkukuh infrastruktur digital negara.

"Ini pasti membuka lebih banyak peluang untuk inovasi, meningkatkan produktiviti serta membawa kebaikan buat rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata mesyuarat berkenaan turut meneliti dan memutuskan beberapa perkara khusus berkait hala tuju Digital Nasional Berhad (DNB) serta rangkaian kedua diterajui U Mobile, yang akan diumum tidak lama lagi.

-- BERNAMA

[caption id="attachment_685517" align="aligncenter" width="679"] Foto Facebook Fahmi Fadzil[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.