ad
BERITA UTAMA

Guna beg kitar semula di bazar Ramadan dapat kupon digital RM15

5 Feb 2025, 8:00 AM
Guna beg kitar semula di bazar Ramadan dapat kupon digital RM15

PETALING JAYA, 5 FEB: Sejumlah RM30,000 diperuntuk sepanjang Ramadan ini bagi menjayakan kempen bebas beg plastik di Bazar Ramadan sekitar Petaling Jaya.

Timbalan Datuk Bandar Aznan Hassan berkata kempen itu akan menawarkan kupon digital bernilai RM15 kepada pengunjung yang menggunakan beg kita semula.

“Kupon digital ini boleh ditebus di semua bazar Petaling Jaya. Majlis turut meneruskan program kitar semua minyak masak selepaa berjaya mengumpul 2.5 tan minyak masak tahun lalu.

“Program pengasingan sisa. Turut diperkenal bagi menggalakkan inisiatif mesra alam dan ganjaran diberi kepada peniaga yang amalkan perniagaan lestari,” katanya.

Terdahulu beliau merasmikan program taklimat, cabutan undi dan penyerahan permit, apron dan topi Bazar Ramadan ‘Bahagia dan Lestari’ 2025 di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) hari ini.

Aznan berkata pihaknya menggalakkan penglibatan usahawan mikro ekonomi sampingan (gig) seperti Platform Selangor (PLATS), GrabFood, ShoppeeFood dan FoodPanda bagi memperluaskan pasaran dan akses pelanggan.

“Sebagai penghargaan majlis akan memilih 20 peniaga terbaik menerusi Anugerah Usahawan Mikro ‘Bahagia & Lestari’ 2025.

“Bukan hanya menerima ganjaran wang tunai sebanyak RM500 tetapi juga diberi keistimewaan memilih petak perniagaan untuk bazar 2026,” katanya.

MBPJ turut menganjurkan program Bakul Bahaginya Ramadan @ PJ 2025 dengan mengedar lebihan makanan kepada golongan memerlukan melibatkan kerjasama pengusaha hotel dan syarikat korporat.

Tahun ini MBPJ menyediakan 1,260 petak bazar di 18 lokasi sekitar daerah ini dan setakat ini 1,107 peniaga sudah membuat permohonan membabitkan hampir 88 peratus tapak.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.