ad
AGENDA

340 trak bantuan masuk Semenanjung Gaza

4 Feb 2025, 10:31 AM
340 trak bantuan masuk Semenanjung Gaza

KAHERAH, 4 FEB: Sebanyak 340 trak yang membawa bekalan bantuan dan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza pada Isnin melalui lintasan Rafah dan Kerem Shalom, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Konvoi itu turut merangkumi 25 trak membawa bahan api dan lima trak membawa gas.

Menurut seorang pegawai Mesir, jumlah keseluruhan trak bantuan yang memasuki Gaza baru-baru ini mencecah 2,810 dengan 2,626 trak membawa pelbagai bekalan, manakala 184 trak membawa bahan api dan gas.

Selain itu, lintasan Rafah juga memainkan peranan penting bagi pemindahan pesakit, termasuk 33 rakyat Palestin yang cedera bersama 70 pengiring ke hospital di Mesir untuk mendapatkan rawatan perubatan.

- BERNAMA-SPA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.