ad
AGENDA

Polis terima laporan bekas naib canselor UKM, dakwa difitnah

4 Feb 2025, 8:47 AM
Polis terima laporan bekas naib canselor UKM, dakwa difitnah

KUALA LUMPUR, 4 FEB: Polis mengesahkan menerima laporan daripada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman berhubung dakwaan fitnah dan tohmahan yang dilontarkan kepadanya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata dua laporan polis berkenaan dibuat pada petang semalam oleh Mohd Ekhwan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengesahkan menerima surat peletakan jawatan Mohd Ekhwan Toriman beberapa hari lepas.

Zambry berkata pihaknya menerima keputusan itu kerana beliau memberikan sebab mahu menumpukan perhatian terhadap perkara lain.

Terdahulu, tular di media sosial dakwaan terdapat unsur salah guna kuasa dan penyelewengan di UKM yang mengaitkan Mohd Ekhwan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.