ad
AGENSI

Wanita Berdaya Selangor anjur pertandingan cipta logo, tawar hadiah wang tunai

4 Feb 2025, 5:16 AM
Wanita Berdaya Selangor anjur pertandingan cipta logo, tawar hadiah wang tunai

SHAH ALAM, 4 FEB : Orang ramai dipelawa menyertai pertandingan mencipta logo Sukarelawan Wanita Berdaya (SWB) yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM2,000.

Wanita Berdaya Selangor (WBS) memaklumkan ciri-ciri logo itu mestilah unik, ringkas, bermakna dan mudah diingati manakala tarikh tutup penyertaan adalah 28 Februari ini.

"Serlahkan bakat dan cipta logo yang memberi impak besar kepada inisiatif pemberdayaan wanita di Selangor! Logo yang terpilih akan digunakan dalam semua bahan promosi dan komunikasi SWB.

"Menariknya, hadiah ditawarkan adalah wang tunai bernilai RM1,000 kepada pemenang utama dan lima hadiah saguhati sebanyak RM200 setiap seorang.

"Jom sertai sekarang. Imbas kod QR di poster untuk menyertai pertandingan," maklum agensi itu di Facebook.

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.