KUALA LANGAT, 3 FEB: Seramai 17 Orang Asli Pulau Carey berkhatan beramai-ramai menerusi Program Sunathon di Surau Ar Rahman Kampung Orang Asli Kepau Laut di sini, hari ini.
Ketua Kampung Pulau Carey Kapten (B) Mohd Fauzul Azman berkata program berkhatan itu merupakan tradisi tahunan komuniti itu setiap tahun menjelang cuti persekolahan.
[caption id="attachment_685194" align="alignleft" width="348"] Ketua Kampung Pulau Carey, Kapten (B) Mohd Fauzul Azman[/caption]
“Untuk hari ini peserta berkhatan percuma ini bukan sahaja libatkan kanak-kanak tetapi dewasa. Kita sasar program ini diadakan dua tahun sekali setiap musim cuti sekolah selain terbuka kepada orang Asli yang berhijrah masuk Islam.
“Saya menghargai pihak-pihak sudi menaja selain bantuan sukarelawan yang melancarkan sepanjang program dijalankan,” katanya ditemui pada program tersebut.
[caption id="attachment_685195" align="alignright" width="345"] Pengerusi Dakwah Channel MRJ , Faizul Mursidi[/caption]
Sementara itu, Pengerusi Dakwah Channel MRJ Faizul Mursidi berkata sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) , menjadi tanggungjawab membantu masyarakat termasuk komuniti Orang Asli.
“Ini bukan yang pertama kita menjadi penggerak membantu masyarakat Orang Asli khususnya mereka yang kurang berkemampuan berkhatan.
“Alhamdulillah, dana diperoleh daripada perseorangan dan NGO lain. Kali ini, banyak pihak terlibat antaranya Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Yayasan Khalifah dan Masjid Sijangkang,” katanya.
[caption id="attachment_685196" align="alignleft" width="348"] Aminah Abdullah[/caption]
Ibu peserta Aminah Abdullah, 28, pula bersyukur kerana anak tunggalnya Arif Abdullah, 10, selamat berkhatan bersama rakan-rakannya yang lain.
“Anak saya memang hendak bersunat sewaktu usia tujuh tahun tetapi masih kecil. Apabila tiba waktunya tahun ini, saya dapat maklum mengenai program ini terus daftar.
“Malam tadi anak berasa sangat teruja kerana tidak sabar. Dia sering bertanya bila hendak pergi ke surau untuk berkhatan, lega semuanya berjalan lancar,” ujarnya.