ad
AGENDA

Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah terbakar

3 Feb 2025, 1:58 AM
Sebuah rumah, tujuh kenderaan musnah terbakar

JERTIH, 3 FEB: Sebuah rumah dan tujuh kenderaan termasuk lima motosikal musnah dalam kebakaran di Kampung Gong Duek di Hulu Besut dekat sini, petang semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih Mustafa Ismail berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.46 petang daripada orang awam dan 13 anggota bersama dua jentera serta satu lori tangki telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kediaman separa kekal dua tingkat telah musnah 80 peratus. Sebuah kereta Perodua Kancil, sebuah lori satu tan dan lima motosikal terbakar 100 peratus.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mustafa berkata api dipadamkan pada 9.04 malam dan punca kejadian masih dalam siasatan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.