SHAH ALAM, 2 FEB: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) memantau rapi kualiti air Sungai Bernam di Kampung Serigala, Behrang susulan sebuah lori terbabas ke dalam sungai tersebut.
LUAS memaklumkan insiden itu menyebabkan tumpahan minyak daripada kenderaan tersebut sepanjang 100 meter aliran ke dalam sungai terbabit.
Tambahnya, kod kuning diaktif untuk siasatan menyeluruh serta pencegahan atau mitigasi segera sejurus menerima laporan insiden pada jam 1 petang tadi.
"Insiden terbabit berpotensi memberi kesan kepada Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selisek pada jarak 3.2 kilometer (KM) dan LRA Bernam River Headwork (BRH) pada jarak 31.5km.
"LUAS segera mengaktifkan pemantauan statik di LRA BRH dan melaksanakan tindakan pencegahan awal dengan meletakkan oil boom di muka sauk LRA BRH," katanya menerusi Facebook.
Menurut LUAS, pihaknya juga memantau rapi kerja pengalihan kenderaan terlibat yang selesai dikeluarkan dari sungai pada jam 5.15 petang.
"Pasukan LUAS memantau rapi keadaan semasa sungai terlibat serta siap siaga bagi sebarang kemungkinan.