ad
ADN

DUN Kota Anggerik sedia RM50,000, anjur saringan kesihatan percuma

2 Feb 2025, 6:07 AM
DUN Kota Anggerik sedia RM50,000, anjur saringan kesihatan percuma
DUN Kota Anggerik sedia RM50,000, anjur saringan kesihatan percuma
DUN Kota Anggerik sedia RM50,000, anjur saringan kesihatan percuma

SHAH ALAM, 2 FEB: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Anggerik memperuntuk kira-kira RM50,000 untuk program saringan kesihatan percuma tahun ini.

Wakil rakyatnya Mohd Najwan Halimi berkata program dijangka memanfaatkan sehingga 20,000 individu dengan lokasi pertama penganjuran adalah di Surau Al-Ansor, Seksyen 2, di sini, hari ini.

“Tahun ini kita sasarkan beberapa lokasi mungkin Seksyen 16 atau kawasan U9 bergantung kepada keperluan dan demografi penduduk.

[caption id="attachment_685005" align="aligncenter" width="643"] Peserta yang menyertai Khatan Perdana bermain air sebelum berkhatan pada Program Karnival Kesihatan DUN Kota Anggerik 2025 di Surau Al-Ansor, Seksyen 2, Shah Alam pada 02 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

“Lokasi hari ini, kebanyakan terdiri daripada warga emas atau telah bersara, terdedah kepada pelbagai risiko penyakit. Jadi kita tawarkan saringan asas, boleh bantu mereka kenal pasti penyakit,” katanya.

Menurut Mohd Najwan, sempena karnival kesihatan itu, turut diadakan program khatan perdana dengan penyertaan 45 kanak-kanak dari kawasan sekitar dengan bayaran dikenakan hanya RM30.

“Sambutan cukup baik dan kita harap dengan penganjuran program ini dapat sedikit sebanyak meringankan beban keluarga dan insya-Allah selepas ini kita akan laksanakan di tempat-tempat lain,” katanya.

Sementara itu, kakitangan awam, Ahmad Fauzi Muhamad khari@Muhamad khairi,30, berkata saringan asas itu membantunya mengenal pasti lebih awal sekiranya terdapat risiko penyakit yang mungkin dihidapi.

“Saya tahu program ini menerusi hebahan di aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SELangkah), jadi saya tidak mahu lepaskan peluang ini untuk tahu status kesihatan terkini,” katanya.

[caption id="attachment_685004" align="aligncenter" width="651"] EXCO Belia, Sukan dan Keusahawanan Najwan Halimi (tengah) menyampaikan cenderhati kepada peserta Khatan Perdana pada Program Karnival Kesihatan DUN Kota Anggerik 2025 di Surau Al-Ansor, Seksyen 2, Shah Alam pada 02 Februari 2025. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/MEDIASELANGOR[/caption]

Bermula jam 9 pagi hingga 3 petang, inisiatif Selangor Saring itu menyediakan ujian seperti jantung, darah tinggi, kencing manis, buah pinggang, barah, mata, telinga dan gigi.

Belanjawan Selangor 2025 memperuntukkan RM2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma yang diperkenal sejak 2022.

Pada 17 Disember tahun lepas, Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata hampir 7,000 rakyat negeri ini menjalani saringan percuma sepanjang 2024 dengan 38 peratus daripadanya melibatkan individu berumur 46 hingga 64 tahun.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.