SUBANG JAYA, 1 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengedarkan 100 baucar membeli-belah bernilai RM300 kepada pelajar sekolah dari keluarga berpendapatan rendah (B40) di Pasar Raya Mydin USJ di sini, hari ini.
Datuk Bandarnya Mohamad Zahri Samingon berkata inisiatif diharap dapat meringankan beban keluarga membeli kelengkapan sekolah bagi sesi 2025 tidak lama lagi.
“Penerima baucar ini yang berdaftar di bawah eKasih bagi tujuan pembelian alatan sekolah.
[caption id="attachment_684868" align="alignleft" width="400"] Ponniamah Kanagasabai. Foto Fitri Hazim Hazam/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Jumlah bantuan juga meningkat kepada 100 orang banding tahun sebelum yang hanya melibatkan 60 keluarga,” katanya.
Ditemui selepas menyampaikan sumbangan, Mohamad Zahri turut berharap baucar dapat membantu menyediakan keperluan pendidikan yang mencukupi buat pelajar kurang mampu.
“MBPJ ingin memastikan kanak-kanak daripada keluarga B40 tidak berasa terpinggir akibat kekangan kewangan,” ujarnya.
Sementara itu, suri rumah Farhanah Jantan, 37, meluahkan rasa syukur atas bantuan yang diterima oleh MBPJ dapat meringankan beban menyediakan keperluan sekolah anaknya.
“Belanja peralatan sekolah anak saya Adlina Arissa Muhamad Asri, 9, di Sekolah Kebangsaan Methodist Petaling Jaya mencecah RM1,000.
[caption id="attachment_684867" align="alignright" width="384"] Farhanah Jantan. Foto Fitri Hazim Hazam/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Baucar ini membantu untuk menyediakan kasut, baju dan alat tulis. Saya hargai sumbangan baucar ini memandangkan keadaan ekonomi sekarang sangat mencabar,” jelasnya.
Bagi Ponniamah Kanagasabai, 33, berkongsi baucar menjimatkan 50 peratus perbelanjaan penyediaan barangan sekolah anak Agilan Vadi Vel, 14, SMK La Salle, PJ.
“Anggaran kos diperlukan RM600, jadi saya berterima kasih kepada MBPJ dan akan memanfaatkan baucar ini buat anak saya,” katanya yang bekerja sebagai penyambut tetamu.