ad
AGENDA

MB rakam penghargaan, doa Haris jalani persaraan dengan tenang

1 Feb 2025, 12:38 AM
MB rakam penghargaan, doa Haris jalani persaraan dengan tenang
MB rakam penghargaan, doa Haris jalani persaraan dengan tenang

SHAH ALAM, 1 FEB: Dato' Menteri Besar merakamkan ucapan penghargaan atas perkhidmatan dan bakti Dato' Setia Haris Kasim yang bersara secara rasmi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri semalam.

Secara peribadi, Dato' Seri Amirudin Shari berkata komitmen Haris atas segala profesionalisme dalam melaksana tugas menjadi suri teladan yang begitu dihormati.

"Secara peribadi saya sangat menghargai komitmen Dato' Setia Haris atas segala profesionalisme beliau dalam melaksana tugas baik sepanjang saya menjawat jawatan Dato' Menteri Besar usai tahun 2018.

[caption id="attachment_684846" align="aligncenter" width="730"] Lambaian terakhir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haris Kasim selepas sesi 'clock out' sempena persaraan wajib beliau di foyer bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri pada 31 Januari 2025. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

"Kemesraan beliau dengan penjawat awam di samping kemesraan dengan pemegang taruh mempermudahkan urusan harian Kerajaan Negeri dengan beliau selaku jambatannya," ucapnya menerusi Facebook.

Amirudin juga mendoakan agar persaraan Haris dijalani dengan penuh ketenangan dan keceriaan.

"Ukhuwah ini amat bermakna, semoga persaraan ini dijalani dengan penuh ketenangan dan keceriaan. Segala jasa baik dan komitmen tinggi Dato' Setia, saya kenang ke akhir hayat.

"Terima kasih dari saya, pasukan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan seluruh warga Kerajaan Negeri Selangor," katanya.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.