ad
AGENDA

Hamas bebas tentera wanita Israel, pertukaran untuk lebih 100 tahanan Palestin

30 Jan 2025, 12:04 PM
Hamas bebas tentera wanita Israel, pertukaran untuk lebih 100 tahanan Palestin
Hamas bebas tentera wanita Israel, pertukaran untuk lebih 100 tahanan Palestin
Hamas bebas tentera wanita Israel, pertukaran untuk lebih 100 tahanan Palestin
Hamas bebas tentera wanita Israel, pertukaran untuk lebih 100 tahanan Palestin
Hamas bebas tentera wanita Israel, pertukaran untuk lebih 100 tahanan Palestin

ANKARA, 30 JAN: Kumpulan pejuang Palestin, Hamas membebaskan seorang askar wanita Israel di Gaza hari ini di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel, lapor Agensi Anadolu.

Agam Berger diserahkan kepada wakil Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah di kawasan Al-Razan di Kem Pelarian Jabalia di utara Gaza, menurut wartawan Anadolu.

Dua lagi tahanan Israel dijangka dibebaskan pada Khamis dalam satu pertukaran untuk 110 tahanan Palestin dalam penjara Israel.

Tentera Israel mengesahkan bahawa mereka menerima seorang askar Israel yang dibebaskan daripada Palang Merah dan dia akan dibawa keluar dari Gaza ke satu kemudahan tentera berhampiran penempatan sempadan Re’im untuk pemeriksaan awal.

[caption id="attachment_684662" align="aligncenter" width="1070"] Suasana pembebasan askar wanita Israel di Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel pada 30 Januari 2025. Foto REUTERS[/caption]

Ketika majlis penyerahan, wakil Palang Merah dibawa ke pentas bagi menandatangani protokol pembebasan anggota tentera berkenaan.

Fasa pertama perjanjian gencatan senjata selama enam minggu berkuat kuasa pada 19 Januari, menghentikan serangan Israel yang mengorbankan lebih 47,400 penduduk Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 111,000 sejak 7 Oktober 2023.

Setakat ini, lapan tahanan Israel termasuk empat anggota tentera, telah dibebaskan sebagai pertukaran bagi 290 tahanan Palestin sejak perjanjian itu dikuatkuasakan.

Di bawah fasa pertama perjanjian itu, 33 tahanan Israel dijadual dibebaskan sebagai pertukaran bagi antara 1,700 hingga 2,000 tahanan Palestin.

Serangan Israel ke atas Gaza menyebabkan lebih 11,000 orang hilang serta kemusnahan besar, selain krisis kemanusiaan yang mengorbankan ramai warga emas dan kanak-kanak dalam salah satu bencana kemanusiaan global terburuk pernah direkodkan.

Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap pada November tahun lalu terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant, atas tuduhan jenayah perang serta jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa berhubung serangannya ke atas wilayah berkenaan.

- BERNAMA-AA

[caption id="attachment_684663" align="aligncenter" width="935"] Keadaan di Gaza ketika pembebasan askar wanita Israel di Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel pada 30 Januari 2025. Foto REUTERS[/caption]

[caption id="attachment_684664" align="aligncenter" width="1141"] Suasana pembebasan askar wanita Israel di Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel pada 30 Januari 2025. Foto REUTERS[/caption]

[caption id="attachment_684666" align="aligncenter" width="1116"] Tentera melakukan kawalan keselamatan ketika pembebasan askar wanita Israel di Gaza di bawah perjanjian gencatan senjata dengan Israel pada 30 Januari 2025. Foto REUTERS[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.