ad
AGENDA

MB: Selangor sasar kutipan hasil RM3 bilion, seru semua kerja lebih kuat

30 Jan 2025, 7:36 AM
MB: Selangor sasar kutipan hasil RM3 bilion, seru semua kerja lebih kuat
MB: Selangor sasar kutipan hasil RM3 bilion, seru semua kerja lebih kuat
MB: Selangor sasar kutipan hasil RM3 bilion, seru semua kerja lebih kuat

SHAH ALAM,30 JAN: Selangor menyasarkan kutipan hasil negeri mencapai RM3 bilion dalam masa terdekat dan RM5 bilion menjelang 2029.

Dato’ Menteri Besar berkata sasaran itu hanya dapat dicapai dengan iltizam dan kerja kuat daripada semua sekali gus menjadikan Selangor terus kekal sebagai negeri termaju di Malaysia.

“Alhamdulillah, Selangor terus mencatat rekod pencapaian tertinggi dalam sejarah dengan kutipan hasil negeri berjumlah RM2.867 bilion pada 2024.

[caption id="attachment_684604" align="aligncenter" width="1146"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 dan Anugerah Jasamu Dikenang Tahun 2025 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 28 Januari 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

“Ini adalah bukti kesungguhan dan kecekapan jentera pentadbiran negeri dalam mengurus sumber dengan cekap demi kesejahteraan rakyat.

“Namun, saya ingatkan semua agar tidak boleh berpuas hati dengan pencapaian ini kerana saya meletakkan sasaran baharu iaitu RM3 bilion dalam tempoh terdekat dan RM5 bilion menjelang 2029,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari menerusi Facebook hari ini.

Untuk rekod, Selangor mencatat hasil akhir pendapatan 2024 berjumlah RM2.858 bilion tertinggi dalam sejarah negeri ini yang mana ia mengatasi pencapaian terbaik RM2.811 bilion pada 2017.

Negeri itu memperoleh kutipan hasil RM2.7 bilion pada 2023, RM2.5 bilion (2022) dan RM2.3 bilion pada 2021, didorong perkembangan positif ekonomi dan kemasukan pelaburan yang agresif.

[caption id="attachment_684603" align="aligncenter" width="1162"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2024 dan Anugerah Jasamu Dikenang Tahun 2025 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Hotel Wyndham Acmar, Klang pada 28 Januari 2025. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.