ad
AGENDA

Pesakit barah dapat sumbangan PM sempena Tahun Baharu Cina

30 Jan 2025, 6:57 AM
Pesakit barah dapat sumbangan PM sempena Tahun Baharu Cina

KUALA LUMPUR, 30 JAN: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada pesakit kanser payudara tahap empat, Chai Pau Chin di Kuantan, Pahang sempena Tahun Baharu Cina.

Sumbangan berupa wang tunai, limau mandarin dan bakul makanan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi, serta Ahli Dewan Udangan Negeri Semambu Chan Chun Kuang, yang menziarahi Chai di kediamannya.

“Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban yang ditanggung dan membawa sedikit keceriaan kepada Chai serta keluarganya.

“Marilah kita bersama-sama mendoakan kesembuhan dan kekuatan buat beliau dalam menempuh dugaan ini,” menurut hantaran semula di Facebook Perdana Menteri hari ini.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.